About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

May 7, 2010

Pengalaman, perjalanan sepanjang ke Zoo Negara.. (PART 2)

(Bersambung dari part 1)

Hari yang ditunggu sudah tiba. Hari yang mana aku terlibat buat julung kalinya sebagasi sukarelawan. Aku berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

Pada awal pagi itu, aku berasa agak berat untuk bangun. Maklumlah, penat semalam tak hilang sepenuhnya. Tanpa disedari, aku tertidur sampai pukul 8 pagi. Oh no! Bergegasku untuk mandi. Masa tak menuggu aku.
Ayah kawan aku seperti terkejut keadaan aku pada masa itu. Maaf pak cik!



Mandi punya mandi. Semuanya sudah siap, cuma terpaksa menunggu ayah kawanku pula yang keluar ke mana entah. Sering melihat jam dinding yang menggusarkan hati. Lagi sepuluh minit je, sempat ke? Tu la, sapa suruh bangun lambat lagi. Kesal tidak berguna lagi. Memikirkan nasib aku di Zoo Negara nanti, adakah kelambatan aku merosakkan segala-galanya. Takpa, ada idea!

Sampai juga ayah kawanku itu. Bergegas laju terus ke dalam kereta. Pulak, dah sampai pertengahan jalan, boleh lupa beg sandang aku tu. Adoi. Nasib baik sempat ambil balik. Damn!...

Ayah kawanku itu sempat berbual mengenaiku sebelum tiba di Zoo Negara. Nampak garang tapi peramah. Huhu..Tiba akhirnya destinasi yang ingin dituju. Masa suntuk menyebabkan aku bergegas mencari sesuatu tanpa arah tuju. Aku pun mengambil keputusan untuk bertanya seberapa ramai orang kat situ. Pening gak nak mencarinya. Rupa-rupanya, volunteer macam aku ni kena pergi daftar kat kaunter khas. Patutlah, kalau tak macam mana nak bezakan sukarelawan dengan pengunjung biasa.

Aku pun jumpa beberapa pengawal keselamatan di tempat tersebut. Memang sinilah tempat pendaftarannya. Malangnya, mereka menyuruh aku balik sahaja memandangkan masa sudah lambat. Katanya, tugas-tugas sekuralewan sudahpun diagihkan. Tak kan aku nak balik kot. Penat-penat datang dari jauh, inilah habuannya?..Aku pun berkeras dan bertegas untuk diterima juga sebagai sukarelawan. 

Pak cik kat situ mendapat panggilan dari Education Department. Reaksinya seperti positif. Dia berkata aku mungkin bernasib baik untuk diterima dan meyuruh aku untuk pergi jumpa bos kat Edu. Department. Harap-harap itu satu berita baik. Sepanjang perjalanan, aku berpeluang melihat betapa luasnya Zoo Negara itu. Jauh gak untuk sampai Edu. Department. Mana taknya terletak kat hujung Zoo Negara.

Jalan-jalan punya jalan, sampai juga pejabat yang dituju.

Ada sorang abang ni namanya Zul, dia assist aku jumpa big boss kat pejabat tu. Cuak gak rasanya. Harap2 x kena maki hamun dengan beliau.  Seperti yang disangka, dia nak tahu kenapa aku lambat sampai kerana katanya tugas2 volunteer sudahpun diagihkan. Aku pun buat2 cool dan beliau juga kelihatan cool. Nasibku memang baik pada hari itu.

Beliau sedang mencari tugas apakah yang sesuai untukku. Aku disuruh tunggu di pejabatnya sebentar, menemani abang dan kakak yang bertugas sebagai 'practical student'. Aku pun dipanggil semula dan tugasnya ialah...menemani kak Pija (student practical) memberi penerangan kepada budak-budak tentang apa yang ada di Zoo Negara ini. Aku pun sedikit terkejut dan just say " I will try,sir."

Haha..aku tak tau la aku boleh bawak tugas ni, memandangkan aku ni bukan pandai sangat nak layan budak2 kecil ni. Redha je la. Dah tu je yang ada. Sambil perjalanan ke tempat yang aku disuruh bertugas, aku sempat berbual dengan abang Zul (abang practical). Yang aku tahu, dia merupakan bekas pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan. Sama la dengan aku, tapi tak tahu lagi nak pergi ke tak, memandangan keputusan UPU tak kuar lagi pada masa tu.

Sampai gak ke tempat yang diarahkan oleh Sir Ed. (nickname,big boss). Kelihatan di situ, Kak Pija sedang menerangkan serangga2 yang ada kat situ terhadap budak2 tadika ditemani guru-guru. So, tugasnya ialah aku kena tolong terangkan. Aku fikir camna la aku nak terangkan kalau aku tak tahu apa yang nak diterangkan itu. Nasib baikla, Kak Pija itu baik dan sedikit sebanyak menolong aku, kira aku ni sedang belajar la. Aku just tunjuk2 dan kata kat budak2 tu kalo diaorang nak pegang serangga2 tersebut. Aku pun sedikit terkejut nak pegang benda2 alah ni, lagi2 spesies2 kat sini memang tak pernah aku jumpa kat luar. Memang dah nak pupus la katakan.

Habis sahaja sesi penerangan, Kak Pija cuba berbual mesra dengan aku. Dia kata kalau nak tangkap gambar, tangkaplah selagi masa free ni. Aku pun ok je la, tapi my camera in office la. Ces, takpe la. Banyak masa lagi pun.

Dipendekkan cerita aku yang agak panjang ni, banyaklah pengalaman yang aku timba sepanjang aku kat Zoo Negara. Pengalaman berinteraksi, pengalaman bekerja di samping dapat masuk free, melihat keindahan alam semulajadi ditemani haiwan-haiwan. Kata boss, kalau nak nak dapat sijil, kena pegi lagi dalam 4 hari. Aku tak tau bila lagi nak sambung, memandangkan aku ni duduk jauh. Lagi satu tips kat Zoo Negara ni, toksahlah nak beli apa2 cam makanan@minuman or anything, sebab memang mahal sangat. Lainlah kalau korang banyak duit.

Tepat pukul 4.30, aku pun dibenarkan untuk pulang. Rasa berat nak pulang. Huhu. Lagipun, kaki aku ni dah penat berjalan sana sini. Memang enjoy la hari tu. Sapa yang tak pernah pegi lagi, pergilah. Tak rugi apa2pun. Duit boleh dicari, tapi pengalaman dan pengetahuan itu sukar dicari.

THE END.

No comments:

Post a Comment