About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Apr 27, 2011

Nothing ----- Perfect ----- Nobody

Tajuk post yang random. Suka ati la korang nak kaitkan dengan diri aku atau diri korang sendiri. Lama gak tak menjenguk blog personal aku ni. Aku harap dapat meneruskan perjuangan diri aku sebagai blogger sehingga bila? Tahla....dah kahwin kot? Kata orang, bila dah berumahtangga tu memang banyak dugaan dan cabaran. Kita bukan setakat menjaga perihal anak kita. Kita mula memikirkan anak-anak, kerja dan sebagainya.




Result sem 2 ni menyebabkan aku dilemma----DILEMMA! Sama ada nak sambung diploma balik atau meneruskan sahaja pada peringkat ijazah. Aku tau satu keputusan boleh mengubah kehidupan selama-lamanya. Aku rasa minat aku masih dalam bidang kejuruteraan. Namun, tak banyak kursus yang layak dibandingkan dengan result aku ni.

Lagipun aku memang tak nak ambil subjek yang core..cam kimia, fizik. Rasa cam berat bila terkenang balik masa aku belajar kat asasi dulu. So....sekarang apa keputusannya? Kita tunggu dan lihatlah...Bila sambung diploma ni kena pakai duit banyak sikit sebab tak ada biasiswa macam asasi dulu.

Korang pernah dengar Maharaja Lawak tak? Raja Lawak daripada Raja Lawak. Tak paham lagi? Haha... korang cuba lah tengok video2 diaorang ni kat Youtube ni. Memang best la. Lagi-lagi macam Nabil, Jozan, Sepah, Balas...--- Feveret aku la...

Justin Bieber live kat Malaysia baru2 ni. Ada aku kisah? LOL...Budak2 pompuan kat Malaysia sememangnya kisah dengan kehadiran bintang cilik ni. Muka comel la katakan. Korang tengok je la video kat Youtube..yang kebanyakannya kat konsert tu dihadiri orang2 pompuan...lelaki tu boleh kira dengan jari..Tah2 tu pun kena paksa dengan awek diaorang kot..Haha...just kidding..

Oklah....doakan aku berjaya menghadapi kehidupan yang seterusnya. Lupa nak cakap, aku kerja cuti sem ni. Keja kat kedai fotostat. Kedai tu cam cc gak, so memang banyak lah kejenya. Aku benci kalo time tu aku keje sorang. Memang penat lah gamaknya. Oklah...Chawz!

No comments:

Post a Comment