About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

May 25, 2011

ISU BULAN NI....(EPISOD 1)

Jangan korang ingat ak x de rancangan sendiri...ni dia ISU BULAN NI...segmen di mana aku akan mengupas isu-isu semasa, peristiwa menarik, fakta-fakta terbaik punya...

Tak yah nak buang masa, apa yang korang rasa luar biasa sepanjang bulan Mei ni?

Pasal Osama bin Laden? Isu Perang Salib yang tiba-tiba menyerang negara kita ni? Manchester United menang piala EPL kali ke-19? Macam2 la nak cerita....




1. Osama bin Laden mati dengan penuh kontroversi

Adakah Osama bin Laden itu pengkhianat atau terrorist dari pandangan masyarakat dunia terutamanya Amerika Syarikat. Kita tahu yang Osama ni digelar semdikian rupa sejak tragedi World Trade Center yang dah lama berlaku dulu. Begitu licik sekali bagaimana Amerika dalam mengatur serangan tersebut sehingga menyebabkan seluruh masyarakat terpedaya dengan muslihat mereka. Apabila Osama sudah mati, mereka menganggap bahawa keadaan dunia boleh dikatakan selamat atau kurang bahaya. Tapi, tidak sampai di situ. Setiap manusia yang terlibat dengan Osama seperti isteri, rakannya sentiasa diperhatikan oleh pihak atasan US kerana mereka ingin berhati-hati mungkin ada perkara buruk yang bakal berlaku.

2. Perang Salib yang diuar-uarkan oleh Ibrahim Ali

Agama Islam sememangnya suci. Kalimah jihad di jalan Allah itu juga suci. Politik yang kotor jika dicampur dengan agama, akan merosakkan lagi nama baik agama tersebut semata-mata demi menjaga kepentingan politik itu sendiri. Isu Kristian yang dibangkitkan itu mengingatkan kita dengan isu rusuhan kaum yang dah lama berlaku dahulu. Yang peliknya, orang Kristian yang terlibat dalam isu tersebut sedikit. Jikalau orang-orang Kristian ramai dan didapati mencemarkan dan ingin menjatuhkan Islam itu barulah dibenarkan umat Islam untuk berjihad melawannya. Isu yang berlaku di negara kita ini adalah sebaliknya. Fikir-fikirkanlah.

3. Manchester United menang piala EPL kali ke-19

Kebanyakan rakyat Malaysia memang minat sukan bola sepak ni. Yang peliknya, diaorang ni minat bola Inggeris tu memang mengalahkan minat bola tempatan. Macam-macamlah ragam rakyat Malaysia ni. Apa-apahal Manchester United berjaya merangkul piala berharga itu buat kali ke-19 yang menjadikan mereka kelab Inggeris paling berjaya sepanjang zaman mengatasi Liverpool. Kita tengok musim depan macam mana M.U dapat mempertahankan kejuaraannya itu selepas bakal kehilangan pemain veterannya seperti Van Der Sar dan Scholes.


No comments:

Post a Comment