About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Nov 4, 2011

Dari Perlis ke Meru...

Dah lama tak bukak blogger ni..bukak2 terkejut gak dengan interface baru Blogger. Blogger pun dah maju, aku ni bila nak maju? Hehe...Dari Perlis ke Meru..Jauh kot...Lebih kurang tujuh jam baru sampai. Perjalanan pun ok ja...tak ada pape halangan dan masalah...alhamdulillah...

Nak cakap pasal apa ye? Aku ni macam dah kaku sikit nak tulis blog...ye la maklumlah da lama tak update blog...haha...just kidding...aku hari tu sambung belajar kat Universiti Malaysia Perlis atau nama pendeknya Unimap. Ada gak yang cakap Unimap ni singkatan kepada Universiti Satu Perlis...Uni tu satu, map tu peta..Paham x? Buat2 paham je la...

Seronok ke belajar kat sana? Bolehla...merasakan satu suasana lain daripada yang lain...duk kat kampung. Tapi paling bes, bandarnya iaitu Kangar dekat je dengan Wang Ulu iaitu tempat hostel aku. Dan suasana kat Perlis macam aman, sunyi sikit jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain yang pernah aku jumpa. Walaupun kat bandar. Kenderaan-kenderaan lalu lalang pun tak banyak. Memang rasalah, kalau tak caya cuba pergilah Perlis kalau ada masa bila-bila nanti.

Malas nak cerita banyak. Penat tak hilang lagi ni...haha...saje je...Selamat hari raya korban kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku tidak kira sapalah...Allah tak lihat berapa banyak haiwan yang dikorbankan, Allah hanya tengok taqwa dan keikhlasan diri kita kepada-Nya...Jumpa lagi semua!

No comments:

Post a Comment