About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Apr 27, 2011

Nothing ----- Perfect ----- Nobody

Tajuk post yang random. Suka ati la korang nak kaitkan dengan diri aku atau diri korang sendiri. Lama gak tak menjenguk blog personal aku ni. Aku harap dapat meneruskan perjuangan diri aku sebagai blogger sehingga bila? Tahla....dah kahwin kot? Kata orang, bila dah berumahtangga tu memang banyak dugaan dan cabaran. Kita bukan setakat menjaga perihal anak kita. Kita mula memikirkan anak-anak, kerja dan sebagainya.


Mar 21, 2011

Asasi dah habis....HIDUP mesti diteruskan jua...insyallah, you'll find the way...

Insyallah.....You'll find the way...

Simple je liriknya, tapi maksudnye terlalu bermakna bagiku....Pejam2....Baru ku sedar aku sudah menamatkan pengajian sebagai pelajar UITM Puncak Alam dalam Asasi Kejututeraan selama 2 semester!

Segala 1001 kenangan, suka duka, pengalaman, peristiwa pelik, manis, masam, semua rasa la senang citer, tak kan aku lupakan. Lagi2 ditujukan budak2 rumah ak... - Akmal, Mus, Faiz, Farid, Syahmi, Zaquan - korang memang bes...!!! Kalau ada apa2 salah silap yang masih disimpan, maafkanlah aku...aku insan yang lemah je...nak jumpa korang lepas ni memang teramat mustahil la...tu pun kalau ambil kursus sama di universiti yang sama juga.

Antara kenangan terbaik di PALAM:


  • Pengalaman sebagai pelajar universiti. Lecture, tutor, bla2 semuanya dah lali da...(ye2 je ak ni)
  • Kena pandai belanja....kat sini semua jenis makanan dijual....makanan murah cam nasi goreng bujang sampailah makanan termahal sekali seperti kat hotel tu...
  • Sapa nak kupon??...kalau ada aktiviti yg dpt kupon tu...memang ramai r org pergi
  • Laptop - Macam2 leh wat...buat keje bole...main game kalo dah terlampau tensen...haha...jangan main je...tapi keje x wat...
  • Terlibat dalam penggambaran..berlakon maa...sebagai tugasan kursus politik. Fun. Walaupun lecturenye lebih kurang cam sejarah masa skola dulu...tapi bahasa Inggeris! Sabo je la...
  • Apa lagi ye...bnyak lagi sebenarnya.....yang tak terlintas....

Thanks kepada semua....
Thanx group ak selama 2 sem ni....group p3 and r2
Thanx to all lectures, tutor and whatsoever


Jan 15, 2011

Jangan marah tau!

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya , sama ada yang sudah lama tahu atau baru nak tahu. Kepada sesiapa yang marah kenapa saya jarang update blog ini, saya terima kemarahan anda semua dan mengharapkan 1001 kemaafan kepada anda semua. Saya ada urusan tertentu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar pra-ijazah di UITM Puncak Alam.

Faham-fahamlah anda semua. Bukan saya tak sudi. Apakan daya.

Sejak dua menjak ni, aku sering dilemma dalam membuat keputusan. Baru aku tahu yang membuat keputusan ini bukanlah semudah yang disangka kerana setiap keputusan walaupun kecil pasti memberikan kesan yang berbeza. Aku dilemma nak isi borang UPU untuk kemasukan ijazah nanti. Sapa yang dah masuk U ni tahulah apa UPU tu.

Tapi paling penting bagi aku ialah pointer sem 2 aku nanti melayakkan aku untuk masuk ijazah nanti. Dapat sambung belajar itu yang paling mustahak. Kursus dan pilihan universiti tu perkara kedua. Kadangkala, ada orang masih berjaya walaupun dapat kursus yang tak dijangka dan tempat universiti yang kurang terkenal. Yang  penting nawaitu belajar tu mesti ada dalam sanubari bagi setiap insan yang ingin mencapai kejayaan dalam hidupnya.

Sebelum aku merapu-rapu, aku ni bukan nak promote apa-apa tapi cuma nak share satu buku yang begitu bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat terutamanya sesiapa yang ingin memiliki inspirasi dan motivasi yang tinggi dalam hidupnya. Buku ni sungguh istimewa kerana penulisannya santai tapi ayatnya mantap. Insya-allah, sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tertarik dan mendapat manfaatnya. Buku ini hasil nukilan yang lain tak bukan iaitu Dr. Tuah menerusi bukunya yang kecil molek bertajuk "Jangan Tidak-Tidak". Harganya amat berpatutan iaitu RM10 sahaja. Sesiapa sahaja mampu memiliki buku bertuah ini selagi masih ada di pasaran. Aku pun terjumpa buku ni masa keluar dengan kawan-kawan kat Kuala Lumpur cuti mid-sem yang lepas.

Korang pernah belajar buat program tak? Baru aku tahu hebatnya hidup seorang programmer ni. Tak adalah apa pun. Subjek komputer untuk sem 2 ni kitaorang budak2 asasi belajar pasal basic programming. Basic je bukan advanced pun. Kalau nak advanced bolehlah pilih kursus berkaitan masa ijazah nanti kepada sapa2 yang minat.

OK LAH. Kita jumpa lagi kalau diizinkan lagi oleh Allah s.w.t.

Dec 28, 2010

2011, Malaysia Boleh!

Tahun 2011 bakal menjelma tak lama lagi. Tak yah nak sambut besar-besaran pun. Yang penting, kita pasang azam baru tu pun dah kira macam sambutan la. Miinggu yang penat tapi antara yang terbaik sepanjang hidup aku. Kenapa? Apa yang begitu menggembirakan aku sepanjang minggu tersebut. Terlalu banyak untuk diperkatakan secara terperinci.

Balik-balik sahaja cuti ni, ada pula sambutan Hari Keluarga yang julung2 kalinya diadakan di surau berdekatan rumah aku. Boleh kata meriah la, hampir 300 yang menyertainya. Tapi, golongan kanak-kanaklah yang paling aktif dan berperanan menceriakan hari bermakna ini. Macam-macam permainanlah seperti baling boling kelapa dan acara ala-ala sukaneka yang korang pernah nampak kat sekolah. Tidak ketinggalan juga golongan dewasa seperti acara panjat tiang licin (agak kagum dan teruja) dan acara menganyam ketupat bagi golongan ibu-ibu.

Selain Hari Keluarga, kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam Suzuki Cup cukup menggembirakan aku sebagai rakyat Malaysia. Walaupun desas-desus mengenai isu laser, itu bukanlah alasan dan realitinya Malaysia jauh mempamerkan aksi permainan terbaik berbanding pasukan seberang, Indonesia. Tahniah buat mereka! Harap mereka dapat mengulangi prestasi sebegini lagi dalam pertemuan kedua yang mana dikatakan penentu segala-galanya. Secara peribadi, aku merupakan peminat Arsenal sejak kecil lagi. Malah, aku bertambah bangga apabila mereka berjaya mengalahkan bekas juara Liga EPL musim lepas, Chelsea. Aku tak sangka semua ini berlaku dalam satu masa. Dan terima kasih kepada member aku, Alif dan Aiman yang sudi menemani aku 'hangout' di bandaraya KL. Biasalah kalau jumpa kawan sekolah lama, memang tak sahlah kalau tak lepak lama-lama. Secara konklusinya penat tapi semuanya memberikan kenangan manis yang mungkin aku sukar untuk lupakan.

Dec 19, 2010

Mencari konklusi bagi tahun 2010?

Lagu tema : Hujan - Mencari konklusi

Tahun 2010 begitu besar ertinya bagi manusia yang mengalami berbagai-bagai kenangan dan pengalaman suka duka, manis pahit sepanjang tahun tersebut. Aku? Terlalu rumit untuk ceritakan segalanya kepada kalian semua. Tak sangka tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya.

Perlu dan penting untuk kita muhasabah diri sama ada kita berubah menjadi manusia lebih baik atau sebaliknya. Itu kayu ukur yang paling terbaik untuk kita renung-renungkan. Kalau tak berubah langsung, tu memang haprak la. Manusia paling rugi di sisi agama adalah manusia yang tidak berubah dari semasa ke semasa.

Kehidupanku banyak berubah sejak aku menuntut ilmu di UITM Puncak Alam sebagai pelajar asasi Kejuruteraan. Baru aku sedar jati diri dan agamalah kunci segala-galanya untuk hidup di sini dengan baik. Result sem lepas sememangnya menyedarkan aku. Bukan semata-mata menunjukkan prestasi akademik yang kurang bagus tetapi menunjukkan aku sedikit terkejut dan terpengaruh dengan budaya baru di universiti ni.

Hmm...harap-harapnya tahun ini menjadi bekalan dan inspirasi untuk aku berubah menjadi manusia yang lebih baik pada tahun seterusnya.

Nov 14, 2010

Mula-mula kita cerita pasal..........

Aku memikirkan sesuatu yang tidak pasti hala tujunya. Senang kata, satu kehidupan yang tidak tentu hala tujunya. Kadangkala orang cakap aku terlalu berfikir dan 'nonsense'. Bagi aku, orang yang tidak memikirkan masa depan tu yang 'nonsense'...

Bla3. Apa khabar semua rakyat Malaysia lagi-lagi yang mengenali diri ini? Wassup? Hello? Assalamualaikum. Mari kita lihat kisah yang dialami oleh aku sepanjang aku menghilangkan diri sebelum ini....