About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Aug 31, 2010

Dugaan di Bulan Ramadhan,kasihan....

Semakin hari, semakin aku di penghujung Ramadhan. Adakah amalanku, ibadahku di bulan Ramadhanku kali ini adalah yang terbaik? Adakah aku semakin dekat kepada-Nya atau aku sekadar melaluinya tanpa berbuat apa-apa?...

Aku sekarang sedang diuji Tuhan, banyak dugaan dan ujian menimpaku baru-baru ini.


Aug 13, 2010

Dengan hanya sebiji kurma......

Alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk menghadapi satu lagi Ramadhan pada tahun ini. Insya-allah, aku tak akan sia-siakan nikmat Tuhan yang kadangkala dianggap remeh bagi manusia lain khususnya orang Islam.

Aku dah pasang niat, paling penting puasa aku pada tahun ini bukan setakat menahan puasa dan lapar. Puasa ini digelar sebagai 'puasa orang awam'. Bak kata ustaz aku ' Kita jangan lupa puasa mata, puasa telinga dan sebagainya. Kalau tak, cacatlah puasa kita pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Masya-allah.

Seronok gak menghadapi bulan Ramadhan di tempat aku menuntut ilmu sekarang ini, UITM Puncak Alam. Sungguh meriah. Siap ada bazar sendiri khas di Palam. Tiba-tiba, teringat pula masa aku di maktab dulu, berbuka puasa secara berjemaah. Tetapi di sini, berlaku sebaliknya. Aku merasakan kekurangan sesuatu dalam  hidup aku. Suasana solat terawih memang tak dinafikan apabila berada pada alam universiti. Memang ramai lagi padat.


Harap-harap, ia dapat memotivasikan aku untuk sentiasa beribadah dalam mencari keberkatan di bulan Ramadhan.


Dengan hanya sebiji kurma, aku boleh berpuasa dengan baik. Aku rasa lebih baik daripada makan juadah lain seperti biskut dan roti. Kebetulan, aku bangun lagi beberapa minit nak masuk waktu imsak. Hmm, apa lagi...makan kurma je la.

Semoga semangatku dan imanku sentiasa kekal dan bertambah dari awal Ramadhan sehinggalah ke penghujungnya. Insya-allah.

Jul 9, 2010

Berminggu-minggu di PALAM..

PALAM yang merangkap UITM Puncak Alam, kepada yang masih tak tahu pabenda PALAM tu. Walaupun rumah dekat, terasa malas nak balik. Tambah-tambah lagi, ada laptop sendiri dan housemateku. Memang agak mustahil nak balik. Setelah berminggu-minggu di sini, banyak perkara yang telah aku pelajari dan pengalaman baru yang dapat ditimba.


Jun 5, 2010

The Beginning Of 'U' Life....

Aku jarang menulis blog, apatah lagi untuk melayari internet pabila sejak aku berada di UITM Puncak Alam. Seronok ke UITM ni? Bolehla, nama pun 'puncak'. UITM ni boleh dikatakan baru beroperasi, terutamanya budak2 asasi. Blok akademik nampak cam hospital, infrastruktur yang boleh tahan. Harap2 dapat kekal lamalah. Nak citer apa lagi pasal U ni?...hmmm


May 18, 2010

Destinasi seterusnya, UITM Puncak Alam!

Hampir tiba saatnya.
Saat yang ditunggu-tunggu.

Aku bakal sambung belajar di UITM Puncak Alam yang agak berdekatan di rumah aku. Walaupun dekat, semangat belajar tetap membara, untuk menuju ke menara gading dalam hidupku.


May 7, 2010

Pengalaman, perjalanan sepanjang ke Zoo Negara.. (PART 2)

(Bersambung dari part 1)

Hari yang ditunggu sudah tiba. Hari yang mana aku terlibat buat julung kalinya sebagasi sukarelawan. Aku berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

Pada awal pagi itu, aku berasa agak berat untuk bangun. Maklumlah, penat semalam tak hilang sepenuhnya. Tanpa disedari, aku tertidur sampai pukul 8 pagi. Oh no! Bergegasku untuk mandi. Masa tak menuggu aku.
Ayah kawan aku seperti terkejut keadaan aku pada masa itu. Maaf pak cik!