About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Jul 24, 2013

Tips for Internet users in Malaysia

Celcom, Maxis sucks. The real fact is you don't know how to get the best internet! I can give you simple tips  for all internet users in Malaysia.

1. Choose your internet plan wisely. This is the common tip to know how much quota will be used depends on type of your internet usage.
2. Let's try figure out which network telecommunication has the best service in the specific area. If it has excellent line and coverage, it also means the internet coverage and speed also good.
3. Don't ever play online game like Dota 2 by using broadband because it will use much quota and suddenly your speed of internet will be throttled.
4. Mobile internet is easy to use compared by using device. It surprisingly cheaper because you don't need to pay a fee of internet device such as modem.
5. Streaming video online uses your quota so much.
6. If you using broadband in your house and sometimes can't find the connection, you can try moving your laptop or desktop near the window.
7. If you play online games, make sure you choose the suitable server depends on the country. If Malaysia, choose SEA server if available. The benefit by doing this is you will have stable and smooth connection during playing games.
8. Use VPN software to bypass some websites that blocked by our country such as Netflix. My favourite one is MyTunnel VPN Software.
9. You need to know this, especially when you want to buy new internet. As example, the speed of internet as shown on the advertisements is 1Mbps. It means you need to divide the 1000 bytes by 8 to get actual speed of your internet.

Aug 9, 2012

What is Spotify?

Spotify is an application that must have for every music lover in this world. Why? You can streaming all music with full length, everywhere and anywhere. It has three version though - free version, unlimited and premium package. Free version lets you hear everything but with some ads. Unlimited version is without any
single ads. The premium version has additional features such as you can access the musics via smartphone.

You also can listen to random playlist based on what song you hear. It is fun and addicting thing to discover new musics! I suggest you to use free version. Even with the ads, it is still not disturbing like what we hear on radio lol. 

LOST

Begitu pantas masa berlalu. Ramadhan sudah sampai ke fasa yang terakhir. Tahun kedua pengajianku di universiti bakal menyusul tak lama lagi. Rindu suasana di negeri Perlis yang sungguh aman dan damai. Sangat berbeza dibandingkan di tempat aku sekarang ini.

Aku ada motor. Motor Honda EX5. Asalkan dapat motor, aku rasa sudah patut bersyukur, tidak kisahlah murah ke mahal. Sangat memudahkan urusan pergerakan seperti pergi ke pekan dan sebagainya. 

Seperti biasa, ceramah-ceramah agama di tempat aku sangat rancak dilaksanakan. Imam dari Palestin, Mesir dijemput untuk mengimamkan solat terawih. Kedatangan ustaz-ustaz terkenal yang pernah berada dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 dan artis nasyid seperti Nazrey Johari untuk memberikan ceramah. 

Aku masih mencari apa yang kurang dalam hidup aku sekarang ini. Adakah cinta, ilmu, harta yang perlu u dicari? Tiada yang sempurna di dunia ini. Aku perlu redha dengan apa yang terjadi dalam hidupku ini. Aku pernah jatuh cinta terhadap perempuan yang sangat istimewa. Budi pekertinya yang baik dan sentiasa mementingkan agama dalam kehidupan sehariannya sudah cukup untuk menambat hatiku. Aku sangat berharap dia akan menjadi teman hidup aku suatu hari nanti. Namun, perkara tersebut bukan semudah yang disangka. Diriku masih belum layak untuk menerima perempuan sepertinya jika dibandingkan ilmu dan akhlak aku dengan dirinya. Manusia hanya mampu berharap dan berharap. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku pada hamba-Nya pada masa akan datang. Moga-moga, segala yang berlaku adalah yang terbaik buat aku.


Jun 9, 2012

Fenomena Ustaz Don




Dah lama tak update blog aku ni...maklumlah sibuk dengan segala urusan yang sememangnya tak dapat dielakkan. Kalau dah rasa masa tu sangat lapang, barulah terdetik nak bukak blog kesayangan aku ni...hehe...

Sapa kenal Ustaz Don? Tipulah tak kenal. Namanya sahaja sudah istimewa.Kalau betul-betul tak kenal, inilah masanya untuk anda semua mengenalinya. Beliau tidak asing lagi dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.Beliau ni masih muda usianya tetapi ilmu dan pengalamannya dalam bidang agama sungguh tinggi dan luas. Kelakar, tenang dan memberikan satu inspirasi bagi warga muda di negara ini. Beliau ini merupakan anak murid kepada Ustaz Haron Din. Kalau nak mengenali diri beliau dengan lebih mendalam, cubalah dan rajinkanlah diri kalian untuk mendengar tazkirah beliau di mana sahaja mulai saat ini.

Harap-harap fenomena ini berterusan dan berkembang dari semasa ke semasa. Aku berharap bahawa masyarakat Melayu khususnya golongan muda lebih minat untuk mendalami ilmu agama. Agama bukanlah satu adat semata-mata seperti yang berlaku sekarang ini. Tetapi, agama perlu diamalkan dalam segala aspek kehidupan manusia ini sehinggalah kita meninggal dunia kelak.

Status facebook yang aku baru post baru-baru ini yang aku rasa sangat menyentuh perasaan dan juga mendapat perhatian daripada kawan-kawan aku:-

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)



Mood final exam. Mood Euro 2012. Mana satu nak fokus ni? Hehe....Insya-allah, aku akan buat yang terbaik demi ibu bapa aku juga. Bagi aku, kejayaan yang mutlak dan hakiki ialah seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.:)

Mar 30, 2012

chapter 04 -- life is tough

Kehidupan tanpa rasa syukur, sia2 sahaja...kehidupan tanpa rasa tanggungjawab, juga sia-sia sahaja. Mengapa? Sebab kita ini diciptakan oleh Tuhan sebagai hamba-Nya, maka sifat seorang hamba sejati perlulah mempunyai sikap tanggungjawab dan syukur.

Aku bersyukur kerana dapat masih menghirup udara segar lagi nyaman di kawasan Perlis ini. Syukur juga kerana ianya mengingatkan aku kepada kampung tercinta aku di Klang, Selangor. Hal tersebut menjadikan aku sentiasa mengingati ibu bapaku yang bersusah payah membesarkan aku dari kecil hinggalah sekarang. Jadi, jika aku tidak belajar bersungguh-sungguh, maka musnahlah segala harapan dan pengorbanan mereka terhadapku selama ini.

Banyak juga perkara yang berlaku sejak dua menjak ni. Agak sibuk dengan aktiviti kampus seperti penggambaran, mesyuarat tahunan fakulti aku dan ujian. Hmm...Life is tough, but you can make it easier. How? By your positive mindset. Kita ni dilahirkan memang da ada tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai muslim, seorang anak, sebagai pelajar dan lain-lain lagi.

Adakah perasaan cinta itu normal? Ya.Oleh itu, aku tidak perlu rasa malu dengan perasaan aku ni. Perasaan inilah yang membezakan makhluk manusia dengan makhluk lain seperti malaikat. Aku berharap perasaan ini dapat menjadikan aku manusia yang lebih matang, bukannya menjadikan aku jatuh ke lembah maksiat dan kehancuran. Insya-allah...

Mar 11, 2012

Chapter 3 -- 2012

Pejam celik, pejam celik, hampir tak sedar aku sudah berada di UNIMAP selama 3 minggu. OMG! Adakah semangat belajar aku masih segar dan kuat seperti sebelumnya? Adakah aku semakin leka dan lalai dengan persekitaran di sini? Harapnya tidak. Harapnya masih sama. Betullah kata orang, nak mengekalkan perbuatan baik ni sangat sukar tanpa azam dan tekad yang mantap. Syaitan dan nafsu sentiasa memainkan peranannya untuk merosakkan diri kita tanpa kita sedari.

Nampaknya aku tinggal seorang sahaja hujung minggu ni. Mungkin ini adalah satu ujian daripada-Nya, nak melihat sama ada aku dapat hidup seorang diri tanpa bertemankan siapa2. Memang tak hairanlah, mereka ni semuanya duduk sekitar Kedah dan Perak. Perjalanan pun taklah jauh dan tak sejauh aku yang duduk di Klang, Selangor. Perjalanan tu jauh dan masa cuti pun dua hari je. Memang dan langsung tak berbaloi. Sesungguhnya membazir itu adalah perbuatan syaitan. Membazir tenaga, membazir wang ringgit. Tambahan lagi, kerja dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masih tertunggak. Zzzz....

Lagi satu, kelas wiring memang terbaik la gua cakap sama lu. Aku memang kurang mahir melakukan perkara sebegini tetapi itulah hakikatnya. Aku rasa ilmu-ilmu sebegini adalah ilmu asas bagi seorang jurutera. Aku berharap segala ilmu dan pengalaman yang aku pelajari di sini dapat dimanfaatkan pada masa-masa hadapan.Insya-Allah.


Feb 26, 2012

Chapter 2 -- 2012

      Bermulanya semester dua sebagai pelajar UNIMAP mengambil jurusan kejuruteraan komputer. Semangat, bermotivasi, tekad, merupakan motto utamaku sebagai permulaan semester ni. Banyak benda yang aku pelajari sepanjang semester lepas. Walaupun hanya baru satu semester, tapi macam2 perkara dan pengalaman yang sangat berguna untuk aku praktikkan pada masa hadapan.

Internet sucks! Aku pun mengambil inisiatif untuk membeli 'mobile broadband' sebagai kegunaan internet sepanjang aku di kampus ini. Aku hanya bersyukur dengan kelajuan internet tersebut walaupun tidaklah selaju kemudahan internet di rumahku. Diharapkan juga, ianya menjadikan aku lebih fokus untuk mencapai kejayaan dalam akademik, bukan sebaliknya.

Minggu pertama, masih tenang dari sebarang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Minggu kedua, ketiga dan seterusnya, itulah sebenarnya bermulanya kehidupan seorang mahasiswa yang sentiasa disibukkan dengan tugasan. Semoga Allah sentiasa membantu dan menolong diriku yang serba lemah ini dalam menghadapi rencah kehidupan yang akan datang ini.

Feb 6, 2012

Samsung Galaxy Mini Review

     If you think this is an official review of Samsung Galaxy Mini/Pop, you are recommended to leave this site...this is just my honest opinion about the phone. The phone is quite good. Has just slightly good camera. Can play music, video and the most important thing is Android! :) Surprisingly, the price is quite cheap and affordable. Many people say this battery life sucks and blablabla...You cannot use it too often especially playing games and  using Wi-Fi to browse Internet. It is ain't a laptop.


But, you can save and increase your battery life up to 3 days by installing apps like Juice Defender which can be downloaded in Android Market. Playing Angry Bird on this phone is ok...but has some lags because the memory on this phone sucks...But if you want to play classic arcade games such as Jewel Star which I love so much right now, so it will be a good idea.

Cheap smartphone means you do not expect the phone has great and awesome features like IPhone. But, for me or other people just want to feel of having smartphone, this phone is PERFECT. 

Jan 23, 2012

Chapter 1 --- 2012

2012...Tahun baru, rasa masih terlalu awal untuk menghadapi tahun baru ni...Masa berlalu dengan pantas...=;=

I don't know maybe it is one of the challenge that given by Allah...

-------------------------------------------------------------------

Aku balik kampung...waa...bestnya...Biasalah duduk kat Perlis, rasa jauh semacam meninggalkan kampung halaman tersayang di sini...haha...Walaupun hanya baru 1 sem belajar di UNIMAP, banyaklah benda dan pengalaman hidup yang aku timba...the best thing is you not only go there to study, you also learn about their culture...

Sem 1 ni banyak gak aku keluar jalan2 terutamanya pada penggal kedua sem 1...antaranya pergi kampung pokok sena (http://kgpokoksena.blogspot.com/), pergi mandi air terjun Sg. Batu Pahat....and else...ingatkan nak pergi Langkawi tapi masa tak begitu mengizinkan, kitaorang cadang nak pergi sem 2 nanti...insya-allah...aku saja nak promote kampung pokok sena tu sebab tu adalah satu matlamat program Inovasi Sosial yang mana dulu dikenali sebagai program Bakti Siswa. What can i say about Kg. Pokok Sena? The people there are really friendly and good...Eloklah program2 sebegini diadakan, banyak faedahnya terutamanya golongan remaja ataupun siswa dan siswazah...dapat bergaul dengan masyarakat luar, dapat belajar bagaimana kehidupan masyarakat kampung yang sebenar...

Cuti selama sebulan ni harap2nya tak kosong la...walaupun nampak sekejap, tapi banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan sekiranya kita bijak mengatur masa lapang...Hari ahad, hujung minggu ni ada satu program motivasi yang dianjurkan oleh Yayasan Salam Malaysia...Terbuka kepada sukarelawan dan bukan sukarelawan juga...the best thing about volunteering is the activities are fun, social with community, create new friends and many more...kebanyakan program2 ni free sahaja...kalau berbayar pun tak mahal lar...macam program motivasi ni pun rm 15 (sukarelawan) dan rm20 (bukan sukarelawan)...if anyone interested, you can register as volunteer on their official website...k...see u all next time...bye



Nov 11, 2011

How to buy ITunes gift card from Malaysia?



Let me tell first about ITunes gift card.  ITunes gift card is like prepaid card, we can buy the card for certain amounts such as $10, $15 and etc. 

It is impossible for Malaysian people to buy any items in ITunes such as music, video and apps because we don't have US credit card. Therefore, the alternative way is we can buy the ITunes gift card. The main question is how to buy ITunes gift card from here?


The best, fast and secure way to buy ITunes gift card from Malaysia is from this site. Click Here. (sk2stalls.com). He is Malaysian who lives currently in US. Very, very good service and can be trusted. I already made one transaction with him. Further instruction can be followed from him, step by step. Good luck!

Nov 4, 2011

Dari Perlis ke Meru...

Dah lama tak bukak blogger ni..bukak2 terkejut gak dengan interface baru Blogger. Blogger pun dah maju, aku ni bila nak maju? Hehe...Dari Perlis ke Meru..Jauh kot...Lebih kurang tujuh jam baru sampai. Perjalanan pun ok ja...tak ada pape halangan dan masalah...alhamdulillah...

Nak cakap pasal apa ye? Aku ni macam dah kaku sikit nak tulis blog...ye la maklumlah da lama tak update blog...haha...just kidding...aku hari tu sambung belajar kat Universiti Malaysia Perlis atau nama pendeknya Unimap. Ada gak yang cakap Unimap ni singkatan kepada Universiti Satu Perlis...Uni tu satu, map tu peta..Paham x? Buat2 paham je la...

Seronok ke belajar kat sana? Bolehla...merasakan satu suasana lain daripada yang lain...duk kat kampung. Tapi paling bes, bandarnya iaitu Kangar dekat je dengan Wang Ulu iaitu tempat hostel aku. Dan suasana kat Perlis macam aman, sunyi sikit jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain yang pernah aku jumpa. Walaupun kat bandar. Kenderaan-kenderaan lalu lalang pun tak banyak. Memang rasalah, kalau tak caya cuba pergilah Perlis kalau ada masa bila-bila nanti.

Malas nak cerita banyak. Penat tak hilang lagi ni...haha...saje je...Selamat hari raya korban kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku tidak kira sapalah...Allah tak lihat berapa banyak haiwan yang dikorbankan, Allah hanya tengok taqwa dan keikhlasan diri kita kepada-Nya...Jumpa lagi semua!

Jun 28, 2011

Dah berhabuk da blog ni...ish3

Aku selalu berharap ak dapat kemaskini blog ak macam orang-orang lain...tapi apakan dayaku...haha...ak punya target at least one post for each month. Siap ada target tu bai. Betullah, orang yang berjaya dalam hidupnya ni dia selalu letak target yang realistik la. Bukan nonsense2...tu yang kadang2 orang malas nak mencapai target yang ditetapkannya. Dahla sebelum aku merepek dengan lanjutnya, ak serius baru2 ni memange penat gile....haha..

Apa tak penatnya, hari khamis lepas aku pergi maktab tercinta ak iaitu MRSM Pasir Salak nun jauh di sana. Aku dan beberapa rakanku membuat keputusan untuk bermalam di sana. 1 malam je la. Kat sana memang ada tempat tinggal khas untuk tetamu luar yang juga dikenali sebagai 'rest house'. Bayaran pun berpatutanlah iaitu RM50. So, kitaorang share2 la duit masing2 nak bayar. Besoknya, kitaorang baru ambil result, slip keputusan SPM 2009. Baru sekarang kitaorang nak ambil.haha. Biasalah, orang duduk jauh. Bukan dekat bai.

Pastu, kitaorang lepak Ipoh sat, makan2 dan pergi imax. Ye la, bukan senang nak jumpa diaorang ni. Sekali-sekali apa salahnya have some fun. Sebelum kitaorang nak gi imax, kitaorang gi cek tiket dulu nak balik ke KL Sentral daripada Ipoh. Masa tu gelabah gak la tengok notis yang mengatakan tiket dah sold out. Tiket tu sebenarnya ada tapi awal sangat, so memang tak dapat la nak gi imax tu. Last2, kitaorang gi tanya kakak kat kaunter dan dia cakap ada lagi. Alhamdulillah...

Dipendekkan cerita, aku sampai kat rumah lebih kurang kul 12 tengah malam hari jumaat. Memang penat seyh. Dan yang tak bolah tahan lagi, besok pagi ak kena menghadiri seminar Skor A kat Damansara. Korang pernah dengar ke Skor A ni? Bukan Skor A Berita Harian tu....Ni lain bai. Kalau nak tahu pergilah seminar diaorang. Produk ni memang bagus lagipun. Produk pendidikan la katakan. Ibu bapa mana yang tak nak anaknya berjaya kan. Speaker2 kat sana memang terbaiklah. Memang penuh isi dan diselit dengan jenaka menyebabkan aku  tak rasa lama di sana. Tengok2 dah malam. Haha....

Besoknya dapatlah aku rehat satu hari. Lusanya, aku pergi hangout dengan member2 lama kat Puncak Alam dulu. Bukan senang nak jumpa diaorang ni. Ye la, diaorang ni keje part time. Kebetulan hari tu diaorang cuti, so bolehlah lepak sama2.

Korang lak apa cer cuti ni??? Ditujukan pada budak2 lepasan asasi or matrikulasi...Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi ni. Latih2lah berpuasa sunat isnin khamis...nanti tak adalah korang rasa kekok sangat nak puasa satu bulan nanti.

Jun 6, 2011

Thanx for support guys!!! TRIMAS 100x :)


Ak saja la tengok history sapa2 yang ada visit blog aku ni...Pastu aku nampak ada orang visit ak punye satu post dalam blog aku ni - Post tu bunyi lebih kurang camni..."Destinasi seterusnya - UITM Puncak Alam"... Tak caya korang cuba check la...post yang agak lama sebenarnya.

Aku ni pun tengok lah kat google...saja2 taip kat keyword search google tu. Aku tulis "Destinasi UITM Puncak Alam"...camtulah. Dan the most surprise thing is ak punye post tu ada kat top sekali kat result google tu. WOW..Awesome man...Hehehe...

Bukan nak kecoh apa pun...sebab ni first time aku rasa post aku top kat google...Thanx for the support guys for visiting my blog yang x seberapa ni...Hope your support will continue....:)

Contoh Resume Kerja...

Oklah, aku saja nak share ngan korang pasal resume kerja aku ni...kebetulan kena pergi pulak interview kerja kat Setia Alam. Kerja biasa je, kerja kerani komputer. Harap2 dapatlah, insya-Allah.

Nak tengok contoh resume ak....(asalnya dalam bentuk word, tapi aku copy kat sini la. Senang sikit korang nak tengok....



MUHAMMAD ISA BIN HAJI SAFARUDIN
LOT 4789, JALAN PAIP,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR.
Tel : 013-3256268

PERSONAL DATA

Full Name: Muhammad Isa Bin Haji Safarudin
Age: 19 Years
Date Of Birth: 10 January 1992
Race: Malay
Religion: Islam
I/C No. : 920110-10-5607
Nationality : Malaysian
Marital Status: Single
Health: Excellent

EDUCATION BACKGROUND

Institution: Uitm Puncak Alam
Course: Foundation In Engineering
Dates: 2010-11


Institution : MRSM Pasir Salak
Course Level: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Dates: 2008-09
Achievement: 7A , 3B

Institution: MRSM Pasir Salak
Course Level: Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Dates: 2005-07
Achievement: 7A, 1B

CO-CURICULAR ACTIVITIES

1.      Represent school in Jambore Camp (Scout), MRSM Pasir Salak, 2008
2.      President of Chess Club, MRSM Pasir Salak, 2008
3.      Secretary of Geography Club, MRSM Pasir Salak, 2006
4.      Represent school in Choral Speaking Competition, Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, 2005
5.      Represent school in Marching Competition, Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, 2005

SKILLS

1.      Can speak Malay and English well.
2.      Can write Malay and English well.
3.      Possess basic computer skills such as can use Microsoft Word applications (MS Word, Excel, Power Point)

REFERENCES

Name : Mashitah Binti Cheek
Phone no: 019-3572250
Signature: __________________

May 25, 2011

ISU BULAN NI....(EPISOD 1)

Jangan korang ingat ak x de rancangan sendiri...ni dia ISU BULAN NI...segmen di mana aku akan mengupas isu-isu semasa, peristiwa menarik, fakta-fakta terbaik punya...

Tak yah nak buang masa, apa yang korang rasa luar biasa sepanjang bulan Mei ni?

Pasal Osama bin Laden? Isu Perang Salib yang tiba-tiba menyerang negara kita ni? Manchester United menang piala EPL kali ke-19? Macam2 la nak cerita....


May 23, 2011

Serius, dah lama x update? LOL

aku pun tengah kusut sekarang ni....

tgah nak cari keje baru ni, 2 bulan sbelum ni keje kat cc...tah bos tu kata dia x nak part time...so terpaksa dia menyingkirkan ak dan pekerja2 lain...sob3..touching gak la...apa2hal at least ak dapat belajar banyak benda kat sana. Experience is worth more than money, man. Kakak2 yang ak kenal yang kerja kat sana gak - aku mintak maaf bebanyak kat korang kalau aku buat korang marah atau kalau ak buat keje memain masa awal2 ak keje ari tu...hehe

SOO...what the hell what should i do noww???

Hmmm....

Ingat nak cari keje dekat2 sikit la, sebab consider minyak kereta gak. Kalo ak keje kat puncak alam dulu, 3-4 hari abisla ikut nasib la. Ikut nasib???

Lalalala....ak rasa tak sabar nak sambung belaja. Tak kisah la kat mana2...Tengok gak result UPU aku nanti...insya-Allah...kita hanya merancang nak belajar kat mana2, tapi nak lawan kekuasaan Allah tu memang mustahil la.. Result pun tak baguih mana pun, kalo ak dapat universiti2 yang kureng tu, deserved la...bersyukurla orang katakan....

Okla...nothin to say...jush wish good luck to everyone whatever wish and hope right now!

Apr 27, 2011

Nothing ----- Perfect ----- Nobody

Tajuk post yang random. Suka ati la korang nak kaitkan dengan diri aku atau diri korang sendiri. Lama gak tak menjenguk blog personal aku ni. Aku harap dapat meneruskan perjuangan diri aku sebagai blogger sehingga bila? Tahla....dah kahwin kot? Kata orang, bila dah berumahtangga tu memang banyak dugaan dan cabaran. Kita bukan setakat menjaga perihal anak kita. Kita mula memikirkan anak-anak, kerja dan sebagainya.


Mar 21, 2011

Asasi dah habis....HIDUP mesti diteruskan jua...insyallah, you'll find the way...

Insyallah.....You'll find the way...

Simple je liriknya, tapi maksudnye terlalu bermakna bagiku....Pejam2....Baru ku sedar aku sudah menamatkan pengajian sebagai pelajar UITM Puncak Alam dalam Asasi Kejututeraan selama 2 semester!

Segala 1001 kenangan, suka duka, pengalaman, peristiwa pelik, manis, masam, semua rasa la senang citer, tak kan aku lupakan. Lagi2 ditujukan budak2 rumah ak... - Akmal, Mus, Faiz, Farid, Syahmi, Zaquan - korang memang bes...!!! Kalau ada apa2 salah silap yang masih disimpan, maafkanlah aku...aku insan yang lemah je...nak jumpa korang lepas ni memang teramat mustahil la...tu pun kalau ambil kursus sama di universiti yang sama juga.

Antara kenangan terbaik di PALAM:


  • Pengalaman sebagai pelajar universiti. Lecture, tutor, bla2 semuanya dah lali da...(ye2 je ak ni)
  • Kena pandai belanja....kat sini semua jenis makanan dijual....makanan murah cam nasi goreng bujang sampailah makanan termahal sekali seperti kat hotel tu...
  • Sapa nak kupon??...kalau ada aktiviti yg dpt kupon tu...memang ramai r org pergi
  • Laptop - Macam2 leh wat...buat keje bole...main game kalo dah terlampau tensen...haha...jangan main je...tapi keje x wat...
  • Terlibat dalam penggambaran..berlakon maa...sebagai tugasan kursus politik. Fun. Walaupun lecturenye lebih kurang cam sejarah masa skola dulu...tapi bahasa Inggeris! Sabo je la...
  • Apa lagi ye...bnyak lagi sebenarnya.....yang tak terlintas....

Thanks kepada semua....
Thanx group ak selama 2 sem ni....group p3 and r2
Thanx to all lectures, tutor and whatsoever


Jan 15, 2011

Jangan marah tau!

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya , sama ada yang sudah lama tahu atau baru nak tahu. Kepada sesiapa yang marah kenapa saya jarang update blog ini, saya terima kemarahan anda semua dan mengharapkan 1001 kemaafan kepada anda semua. Saya ada urusan tertentu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar pra-ijazah di UITM Puncak Alam.

Faham-fahamlah anda semua. Bukan saya tak sudi. Apakan daya.

Sejak dua menjak ni, aku sering dilemma dalam membuat keputusan. Baru aku tahu yang membuat keputusan ini bukanlah semudah yang disangka kerana setiap keputusan walaupun kecil pasti memberikan kesan yang berbeza. Aku dilemma nak isi borang UPU untuk kemasukan ijazah nanti. Sapa yang dah masuk U ni tahulah apa UPU tu.

Tapi paling penting bagi aku ialah pointer sem 2 aku nanti melayakkan aku untuk masuk ijazah nanti. Dapat sambung belajar itu yang paling mustahak. Kursus dan pilihan universiti tu perkara kedua. Kadangkala, ada orang masih berjaya walaupun dapat kursus yang tak dijangka dan tempat universiti yang kurang terkenal. Yang  penting nawaitu belajar tu mesti ada dalam sanubari bagi setiap insan yang ingin mencapai kejayaan dalam hidupnya.

Sebelum aku merapu-rapu, aku ni bukan nak promote apa-apa tapi cuma nak share satu buku yang begitu bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat terutamanya sesiapa yang ingin memiliki inspirasi dan motivasi yang tinggi dalam hidupnya. Buku ni sungguh istimewa kerana penulisannya santai tapi ayatnya mantap. Insya-allah, sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tertarik dan mendapat manfaatnya. Buku ini hasil nukilan yang lain tak bukan iaitu Dr. Tuah menerusi bukunya yang kecil molek bertajuk "Jangan Tidak-Tidak". Harganya amat berpatutan iaitu RM10 sahaja. Sesiapa sahaja mampu memiliki buku bertuah ini selagi masih ada di pasaran. Aku pun terjumpa buku ni masa keluar dengan kawan-kawan kat Kuala Lumpur cuti mid-sem yang lepas.

Korang pernah belajar buat program tak? Baru aku tahu hebatnya hidup seorang programmer ni. Tak adalah apa pun. Subjek komputer untuk sem 2 ni kitaorang budak2 asasi belajar pasal basic programming. Basic je bukan advanced pun. Kalau nak advanced bolehlah pilih kursus berkaitan masa ijazah nanti kepada sapa2 yang minat.

OK LAH. Kita jumpa lagi kalau diizinkan lagi oleh Allah s.w.t.

Dec 28, 2010

2011, Malaysia Boleh!

Tahun 2011 bakal menjelma tak lama lagi. Tak yah nak sambut besar-besaran pun. Yang penting, kita pasang azam baru tu pun dah kira macam sambutan la. Miinggu yang penat tapi antara yang terbaik sepanjang hidup aku. Kenapa? Apa yang begitu menggembirakan aku sepanjang minggu tersebut. Terlalu banyak untuk diperkatakan secara terperinci.

Balik-balik sahaja cuti ni, ada pula sambutan Hari Keluarga yang julung2 kalinya diadakan di surau berdekatan rumah aku. Boleh kata meriah la, hampir 300 yang menyertainya. Tapi, golongan kanak-kanaklah yang paling aktif dan berperanan menceriakan hari bermakna ini. Macam-macam permainanlah seperti baling boling kelapa dan acara ala-ala sukaneka yang korang pernah nampak kat sekolah. Tidak ketinggalan juga golongan dewasa seperti acara panjat tiang licin (agak kagum dan teruja) dan acara menganyam ketupat bagi golongan ibu-ibu.

Selain Hari Keluarga, kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam Suzuki Cup cukup menggembirakan aku sebagai rakyat Malaysia. Walaupun desas-desus mengenai isu laser, itu bukanlah alasan dan realitinya Malaysia jauh mempamerkan aksi permainan terbaik berbanding pasukan seberang, Indonesia. Tahniah buat mereka! Harap mereka dapat mengulangi prestasi sebegini lagi dalam pertemuan kedua yang mana dikatakan penentu segala-galanya. Secara peribadi, aku merupakan peminat Arsenal sejak kecil lagi. Malah, aku bertambah bangga apabila mereka berjaya mengalahkan bekas juara Liga EPL musim lepas, Chelsea. Aku tak sangka semua ini berlaku dalam satu masa. Dan terima kasih kepada member aku, Alif dan Aiman yang sudi menemani aku 'hangout' di bandaraya KL. Biasalah kalau jumpa kawan sekolah lama, memang tak sahlah kalau tak lepak lama-lama. Secara konklusinya penat tapi semuanya memberikan kenangan manis yang mungkin aku sukar untuk lupakan.