About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Sep 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam!

raya!!!
        Sudah tiba hari kemenangan bagi orang Islam yang benar-benar menjalankan ibadah pada bulan Ramadhan. Aku berharap aku digolongkan orang-orang seperti itu, insya-allah. Hmm, raya tahun ini camna? Adakah hari raya ini hanya diisi dengan amalan yang merosakkan? Bagi aku, Hari Raya wajar diangkat sebagai satu ibadah sama seperti bulan Ramadhan. 

Bukan nak beraya macam zaman budak-budak dulu. Duit raya pun dah kurang dah. Maklumlah, bukan lagi berstatus pelajar sekolah lagi, sudah universiti laa. Raya tahun ni lebih kepada perjalanan ke Melaka dan Johor. Bukan apa pun, biasalah amalan kunjung-mengunjungi ke rumah sanak saudara yang kian luput pada zaman sekarang ini. Betul la kata orang, kalau tak ziarah saudara ni, macam mana la kita nak kenal, nanti kalau kita susah, saudara kitalah merupakan tempat kita boleh bergantung. Tak mau la cerita panjang. Final exam pun nak dekat. Akhir kata, ucapan Eid Mubarak ditujukan kepada semua umat Islam di muka bumi ini.