About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Oct 22, 2010

Kejapnya masa ini berlalu....

Bunyi cam kesian...tapi inilah realiti. Aku rasa macam lama sangat kat rumah ni....

Rindu pulak kat UITM Palam. Nak balik!!!

Sana ada kawan. Sana tempat belajar.

Aku rasa semester kedua aku nak pull out habis-habisan. Aku berdoa kepadanya agar aku dapat menyambung pelajaran ke tahap ijazah. Rasa macam excited pulak. Tak sangka aku hampir mendapatnya.

Insya-allah.

Sekarang aku nak prepare exam MUET bahagian kedua. Lepas tu, nak study sikit silibus sem 2 nanti. Apa orang kata, nak dapat gambaran awal. Takdelah nanti masuk-masuk, terkejut beruk plak.

Oct 19, 2010

Perkenankan, harapanku ini....insya-allah

Terdetik hati nak meluahkan harapanku yang terpendam ini. Hanya Tuhan sahaja yang menentukan, kita ni insan lemah yang hanya mampu merancang.

Aku berharap sebelum aku meninggalkan dunia yang sementara ini, aku.....

1. dapat isteri yang solehah yang mampu menjadi penawar duka dan penyejuk hati.

2. dapat anak yang soleh dan solehah, yang mampu meringankan bebanku hingga usia senja.

3. berharap ibu bapaku sempat melihat kahwin dan kalau dimurahkan rezeki, mereka dapat menimang cahaya pertama.

4. berharap dapat menaburkan bakti kepada keluarga, bangsa, agama mahupun negara.

5. berharap dapat pergi ke keluar negara suatu hari nanti.

6. berharap hidupku sentiasa tenang dan bersederhana, makna lain iaitu zuhud.

7. dapat membalas jasa guru-guruku pada masa lampau, sebagai tanda menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka sehingga menjadikan aku insan yang berjaya.

8. Ada lagi ke?....kalau ada nanti aku tambah la....:)

p/s: Harapan-harapan juga, jangan tak usaha langsung pulak.

Oct 11, 2010

MUET is just around da corner...

Memandangkan MUET dalam bahasa Inggeris, tajuk blog kali ni pun berbahasa Inggeris. Jangan cakap MUET ni setakat prasyarat nak masuk U. Tapi sebenarnya, ia menguji kita sejauh mana tahap komunikasi bahasa Inggeris yang dianggap bahasa 'dunia' ini. Bahasa melayu macam mana?.. 

Korang nak tips tak?

Aku nak berkongsi apa yang aku tahu dan jangan sesekali marah aku kalau semua perkara yang dinyatakan tidak memberikan sebarang kesan positif. Sebab, aku pun belum ambil ujian ni lagi.

1. Yang paling penting emosi tu, sentiasa bersikap tenang dan jangan gelabah tak tentu pasal. Anggap MUET ini seperti ujian lisan yang korang biasa lalui pada zaman-zaman persekolahan dulu.
2. Suara tu kena kasi keluar la. Maksud aku, suara haruslah kuat dan mampu didengari juri-juri di depan korang. Apabila suara kuat, keyakinan itu akan mula terbit dalam diri korang. Percayalah...
3. Cuba buat latihan melalui soalan-soalan peperiksaan pada tahun-tahun sebelumnya. Setidak-tidaknya, kau dah ada idea apa nak dihadapinya. 
4. Kena banyak tanya juri walaupun ko dah paham tajuk itu sedalam-dalamnya. Mungkin markah tambahan akan diambil.

Sebagai penutup kata, saya mahu mengucapkan selamat maju jaya pada kawan-kawan saya yang bakal menghadapi peperiksaan MUET yang bakal diadakan tidak lama lagi ini. Buat yang terbaik demi masa depan anda juga.

p/s: Jomlah berlatih speaking kat depan cermin....

Oct 6, 2010

6 minggu sahaja?

Final exam pun da habis. Abis jawab kertas Engineering Math. rasanya, lepas tu siapa nak balik, baliklah. Terpulanglah. Ada yang balik awal, ada sampai hujung minggu baru nak balik. Maklumlah, internet kat sini (tempat aku belajar) laju, bebas mengakses semua laman web tetapi satu sahaja perkara paling tak seronok telah disekat UITM Puncak Alam. Nak tahu apakah ia?