About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Oct 6, 2010

6 minggu sahaja?

Final exam pun da habis. Abis jawab kertas Engineering Math. rasanya, lepas tu siapa nak balik, baliklah. Terpulanglah. Ada yang balik awal, ada sampai hujung minggu baru nak balik. Maklumlah, internet kat sini (tempat aku belajar) laju, bebas mengakses semua laman web tetapi satu sahaja perkara paling tak seronok telah disekat UITM Puncak Alam. Nak tahu apakah ia?




Apa lagi, UITM telah mengamalkan budaya anti-Facebook di sini. Mereka merasakan laman web itu terlampau menjadikan pelajar-pelajar di sini leka, lalai dan kurang memberikan tumpuan kepada pelajaran. Rasionalkah ia? Laman web lain yang dianggap lebih berbahaya dan merosakkan tak pula disekat. Malas nak sebut, semua orang ada pemikiran yang waras boleh tahu apakah contoh-contohnya.

Cakap pasal 6 minggu ni, akhirnya aku pun menikmati cuti semester 1 yang diisi dengan Muet khususnya dan perkara-perkara lain yang masih tak dirancang lagi. Tak tahulah. Duduk kat rumah sahaja memang boleh menjadikan aku gila.

Nasib baik ada seorang kawan yang boleh menemani aku ketika peperiksaan MUET itu yang diadakan di SMK Sungai Kapar Indah. Mungkin ada kawan aku yang lain. Tapi dia ni memang dah pasti seratus peratus betul punya. Nak cerita MUET ni, nak kena buat persiapan rapi sama ada segi emosi, mental dan fizikal. Hari tu sebelum cuti, UITM ada menganjurkan bengkel MUET. Ada gak lah pengisian dan benda-benda sedikit sebanyak yang mampu aku faham dan apakah yang bakal aku hadapi ketika peperiksaan tersebut berlaku.

Cuak gak doh. Apa-apa pun, diharapkan semua kawan aku dapat mendoakan aku supaya lulus peperiksaan ini dengan hati yang tenang. Insya-allah.

No comments:

Post a Comment