About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Oct 11, 2010

MUET is just around da corner...

Memandangkan MUET dalam bahasa Inggeris, tajuk blog kali ni pun berbahasa Inggeris. Jangan cakap MUET ni setakat prasyarat nak masuk U. Tapi sebenarnya, ia menguji kita sejauh mana tahap komunikasi bahasa Inggeris yang dianggap bahasa 'dunia' ini. Bahasa melayu macam mana?.. 

Korang nak tips tak?

Aku nak berkongsi apa yang aku tahu dan jangan sesekali marah aku kalau semua perkara yang dinyatakan tidak memberikan sebarang kesan positif. Sebab, aku pun belum ambil ujian ni lagi.

1. Yang paling penting emosi tu, sentiasa bersikap tenang dan jangan gelabah tak tentu pasal. Anggap MUET ini seperti ujian lisan yang korang biasa lalui pada zaman-zaman persekolahan dulu.
2. Suara tu kena kasi keluar la. Maksud aku, suara haruslah kuat dan mampu didengari juri-juri di depan korang. Apabila suara kuat, keyakinan itu akan mula terbit dalam diri korang. Percayalah...
3. Cuba buat latihan melalui soalan-soalan peperiksaan pada tahun-tahun sebelumnya. Setidak-tidaknya, kau dah ada idea apa nak dihadapinya. 
4. Kena banyak tanya juri walaupun ko dah paham tajuk itu sedalam-dalamnya. Mungkin markah tambahan akan diambil.

Sebagai penutup kata, saya mahu mengucapkan selamat maju jaya pada kawan-kawan saya yang bakal menghadapi peperiksaan MUET yang bakal diadakan tidak lama lagi ini. Buat yang terbaik demi masa depan anda juga.

p/s: Jomlah berlatih speaking kat depan cermin....

No comments:

Post a Comment