About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Jun 9, 2012

Fenomena Ustaz Don




Dah lama tak update blog aku ni...maklumlah sibuk dengan segala urusan yang sememangnya tak dapat dielakkan. Kalau dah rasa masa tu sangat lapang, barulah terdetik nak bukak blog kesayangan aku ni...hehe...

Sapa kenal Ustaz Don? Tipulah tak kenal. Namanya sahaja sudah istimewa.Kalau betul-betul tak kenal, inilah masanya untuk anda semua mengenalinya. Beliau tidak asing lagi dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.Beliau ni masih muda usianya tetapi ilmu dan pengalamannya dalam bidang agama sungguh tinggi dan luas. Kelakar, tenang dan memberikan satu inspirasi bagi warga muda di negara ini. Beliau ini merupakan anak murid kepada Ustaz Haron Din. Kalau nak mengenali diri beliau dengan lebih mendalam, cubalah dan rajinkanlah diri kalian untuk mendengar tazkirah beliau di mana sahaja mulai saat ini.

Harap-harap fenomena ini berterusan dan berkembang dari semasa ke semasa. Aku berharap bahawa masyarakat Melayu khususnya golongan muda lebih minat untuk mendalami ilmu agama. Agama bukanlah satu adat semata-mata seperti yang berlaku sekarang ini. Tetapi, agama perlu diamalkan dalam segala aspek kehidupan manusia ini sehinggalah kita meninggal dunia kelak.

Status facebook yang aku baru post baru-baru ini yang aku rasa sangat menyentuh perasaan dan juga mendapat perhatian daripada kawan-kawan aku:-

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)



Mood final exam. Mood Euro 2012. Mana satu nak fokus ni? Hehe....Insya-allah, aku akan buat yang terbaik demi ibu bapa aku juga. Bagi aku, kejayaan yang mutlak dan hakiki ialah seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.:)