About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Dec 28, 2010

2011, Malaysia Boleh!

Tahun 2011 bakal menjelma tak lama lagi. Tak yah nak sambut besar-besaran pun. Yang penting, kita pasang azam baru tu pun dah kira macam sambutan la. Miinggu yang penat tapi antara yang terbaik sepanjang hidup aku. Kenapa? Apa yang begitu menggembirakan aku sepanjang minggu tersebut. Terlalu banyak untuk diperkatakan secara terperinci.

Balik-balik sahaja cuti ni, ada pula sambutan Hari Keluarga yang julung2 kalinya diadakan di surau berdekatan rumah aku. Boleh kata meriah la, hampir 300 yang menyertainya. Tapi, golongan kanak-kanaklah yang paling aktif dan berperanan menceriakan hari bermakna ini. Macam-macam permainanlah seperti baling boling kelapa dan acara ala-ala sukaneka yang korang pernah nampak kat sekolah. Tidak ketinggalan juga golongan dewasa seperti acara panjat tiang licin (agak kagum dan teruja) dan acara menganyam ketupat bagi golongan ibu-ibu.

Selain Hari Keluarga, kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam Suzuki Cup cukup menggembirakan aku sebagai rakyat Malaysia. Walaupun desas-desus mengenai isu laser, itu bukanlah alasan dan realitinya Malaysia jauh mempamerkan aksi permainan terbaik berbanding pasukan seberang, Indonesia. Tahniah buat mereka! Harap mereka dapat mengulangi prestasi sebegini lagi dalam pertemuan kedua yang mana dikatakan penentu segala-galanya. Secara peribadi, aku merupakan peminat Arsenal sejak kecil lagi. Malah, aku bertambah bangga apabila mereka berjaya mengalahkan bekas juara Liga EPL musim lepas, Chelsea. Aku tak sangka semua ini berlaku dalam satu masa. Dan terima kasih kepada member aku, Alif dan Aiman yang sudi menemani aku 'hangout' di bandaraya KL. Biasalah kalau jumpa kawan sekolah lama, memang tak sahlah kalau tak lepak lama-lama. Secara konklusinya penat tapi semuanya memberikan kenangan manis yang mungkin aku sukar untuk lupakan.

Dec 19, 2010

Mencari konklusi bagi tahun 2010?

Lagu tema : Hujan - Mencari konklusi

Tahun 2010 begitu besar ertinya bagi manusia yang mengalami berbagai-bagai kenangan dan pengalaman suka duka, manis pahit sepanjang tahun tersebut. Aku? Terlalu rumit untuk ceritakan segalanya kepada kalian semua. Tak sangka tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya.

Perlu dan penting untuk kita muhasabah diri sama ada kita berubah menjadi manusia lebih baik atau sebaliknya. Itu kayu ukur yang paling terbaik untuk kita renung-renungkan. Kalau tak berubah langsung, tu memang haprak la. Manusia paling rugi di sisi agama adalah manusia yang tidak berubah dari semasa ke semasa.

Kehidupanku banyak berubah sejak aku menuntut ilmu di UITM Puncak Alam sebagai pelajar asasi Kejuruteraan. Baru aku sedar jati diri dan agamalah kunci segala-galanya untuk hidup di sini dengan baik. Result sem lepas sememangnya menyedarkan aku. Bukan semata-mata menunjukkan prestasi akademik yang kurang bagus tetapi menunjukkan aku sedikit terkejut dan terpengaruh dengan budaya baru di universiti ni.

Hmm...harap-harapnya tahun ini menjadi bekalan dan inspirasi untuk aku berubah menjadi manusia yang lebih baik pada tahun seterusnya.