About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Aug 31, 2010

Dugaan di Bulan Ramadhan,kasihan....

Semakin hari, semakin aku di penghujung Ramadhan. Adakah amalanku, ibadahku di bulan Ramadhanku kali ini adalah yang terbaik? Adakah aku semakin dekat kepada-Nya atau aku sekadar melaluinya tanpa berbuat apa-apa?...

Aku sekarang sedang diuji Tuhan, banyak dugaan dan ujian menimpaku baru-baru ini.


Aug 13, 2010

Dengan hanya sebiji kurma......

Alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk menghadapi satu lagi Ramadhan pada tahun ini. Insya-allah, aku tak akan sia-siakan nikmat Tuhan yang kadangkala dianggap remeh bagi manusia lain khususnya orang Islam.

Aku dah pasang niat, paling penting puasa aku pada tahun ini bukan setakat menahan puasa dan lapar. Puasa ini digelar sebagai 'puasa orang awam'. Bak kata ustaz aku ' Kita jangan lupa puasa mata, puasa telinga dan sebagainya. Kalau tak, cacatlah puasa kita pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Masya-allah.

Seronok gak menghadapi bulan Ramadhan di tempat aku menuntut ilmu sekarang ini, UITM Puncak Alam. Sungguh meriah. Siap ada bazar sendiri khas di Palam. Tiba-tiba, teringat pula masa aku di maktab dulu, berbuka puasa secara berjemaah. Tetapi di sini, berlaku sebaliknya. Aku merasakan kekurangan sesuatu dalam  hidup aku. Suasana solat terawih memang tak dinafikan apabila berada pada alam universiti. Memang ramai lagi padat.


Harap-harap, ia dapat memotivasikan aku untuk sentiasa beribadah dalam mencari keberkatan di bulan Ramadhan.


Dengan hanya sebiji kurma, aku boleh berpuasa dengan baik. Aku rasa lebih baik daripada makan juadah lain seperti biskut dan roti. Kebetulan, aku bangun lagi beberapa minit nak masuk waktu imsak. Hmm, apa lagi...makan kurma je la.

Semoga semangatku dan imanku sentiasa kekal dan bertambah dari awal Ramadhan sehinggalah ke penghujungnya. Insya-allah.