About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Aug 31, 2010

Dugaan di Bulan Ramadhan,kasihan....

Semakin hari, semakin aku di penghujung Ramadhan. Adakah amalanku, ibadahku di bulan Ramadhanku kali ini adalah yang terbaik? Adakah aku semakin dekat kepada-Nya atau aku sekadar melaluinya tanpa berbuat apa-apa?...

Aku sekarang sedang diuji Tuhan, banyak dugaan dan ujian menimpaku baru-baru ini.




Keputusan ujian dan kuiz yang ku perolehi agak mendukacitakan. Boleh kata hampir kesemua subjek yang aku ambil.

Tiba-tiba aku merenung kepada diri sendiri, adakah aku layak masuk ke sini (UITM Puncak Alam) ? Adakah di sini tempat yang sesuai untuk aku belajar? Semakin menghitung hari, semakin berdebar perasaanku sama ada aku layak untuk meneruskan pengajianku di semester 2. Aku takut. Aku gelisah. Ya-Allah, tolonglah hambamu ini yang berada dalam kesulitan ini.

Aku teringat wajah ibu bapaku, menyedarkan aku seketika. Akulah harapan terakhir mereka untuk melihat aku berjaya di menara gading. Aku perlu sedar selagi masa belum terlambat, selagi nasi masih belum menjadi bubur. Hanya peperiksaan akhir sahaja harapan terakhirku untuk menjadikan aku selamat dan layak untuk meneruskan pengajian di semester berikutnya.

Isa, janganlah kau lalai. Jangan alpa. Harap-harap segala dugaan yang ku tempuhi di bulan barakah ini akan menjadikan hidupku lebih diberkati Tuhan, insya-allah!....

No comments:

Post a Comment