About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Aug 9, 2012

What is Spotify?

Spotify is an application that must have for every music lover in this world. Why? You can streaming all music with full length, everywhere and anywhere. It has three version though - free version, unlimited and premium package. Free version lets you hear everything but with some ads. Unlimited version is without any
single ads. The premium version has additional features such as you can access the musics via smartphone.

You also can listen to random playlist based on what song you hear. It is fun and addicting thing to discover new musics! I suggest you to use free version. Even with the ads, it is still not disturbing like what we hear on radio lol. 

LOST

Begitu pantas masa berlalu. Ramadhan sudah sampai ke fasa yang terakhir. Tahun kedua pengajianku di universiti bakal menyusul tak lama lagi. Rindu suasana di negeri Perlis yang sungguh aman dan damai. Sangat berbeza dibandingkan di tempat aku sekarang ini.

Aku ada motor. Motor Honda EX5. Asalkan dapat motor, aku rasa sudah patut bersyukur, tidak kisahlah murah ke mahal. Sangat memudahkan urusan pergerakan seperti pergi ke pekan dan sebagainya. 

Seperti biasa, ceramah-ceramah agama di tempat aku sangat rancak dilaksanakan. Imam dari Palestin, Mesir dijemput untuk mengimamkan solat terawih. Kedatangan ustaz-ustaz terkenal yang pernah berada dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 dan artis nasyid seperti Nazrey Johari untuk memberikan ceramah. 

Aku masih mencari apa yang kurang dalam hidup aku sekarang ini. Adakah cinta, ilmu, harta yang perlu u dicari? Tiada yang sempurna di dunia ini. Aku perlu redha dengan apa yang terjadi dalam hidupku ini. Aku pernah jatuh cinta terhadap perempuan yang sangat istimewa. Budi pekertinya yang baik dan sentiasa mementingkan agama dalam kehidupan sehariannya sudah cukup untuk menambat hatiku. Aku sangat berharap dia akan menjadi teman hidup aku suatu hari nanti. Namun, perkara tersebut bukan semudah yang disangka. Diriku masih belum layak untuk menerima perempuan sepertinya jika dibandingkan ilmu dan akhlak aku dengan dirinya. Manusia hanya mampu berharap dan berharap. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku pada hamba-Nya pada masa akan datang. Moga-moga, segala yang berlaku adalah yang terbaik buat aku.


Jun 9, 2012

Fenomena Ustaz Don




Dah lama tak update blog aku ni...maklumlah sibuk dengan segala urusan yang sememangnya tak dapat dielakkan. Kalau dah rasa masa tu sangat lapang, barulah terdetik nak bukak blog kesayangan aku ni...hehe...

Sapa kenal Ustaz Don? Tipulah tak kenal. Namanya sahaja sudah istimewa.Kalau betul-betul tak kenal, inilah masanya untuk anda semua mengenalinya. Beliau tidak asing lagi dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.Beliau ni masih muda usianya tetapi ilmu dan pengalamannya dalam bidang agama sungguh tinggi dan luas. Kelakar, tenang dan memberikan satu inspirasi bagi warga muda di negara ini. Beliau ini merupakan anak murid kepada Ustaz Haron Din. Kalau nak mengenali diri beliau dengan lebih mendalam, cubalah dan rajinkanlah diri kalian untuk mendengar tazkirah beliau di mana sahaja mulai saat ini.

Harap-harap fenomena ini berterusan dan berkembang dari semasa ke semasa. Aku berharap bahawa masyarakat Melayu khususnya golongan muda lebih minat untuk mendalami ilmu agama. Agama bukanlah satu adat semata-mata seperti yang berlaku sekarang ini. Tetapi, agama perlu diamalkan dalam segala aspek kehidupan manusia ini sehinggalah kita meninggal dunia kelak.

Status facebook yang aku baru post baru-baru ini yang aku rasa sangat menyentuh perasaan dan juga mendapat perhatian daripada kawan-kawan aku:-

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)



Mood final exam. Mood Euro 2012. Mana satu nak fokus ni? Hehe....Insya-allah, aku akan buat yang terbaik demi ibu bapa aku juga. Bagi aku, kejayaan yang mutlak dan hakiki ialah seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.:)

Mar 30, 2012

chapter 04 -- life is tough

Kehidupan tanpa rasa syukur, sia2 sahaja...kehidupan tanpa rasa tanggungjawab, juga sia-sia sahaja. Mengapa? Sebab kita ini diciptakan oleh Tuhan sebagai hamba-Nya, maka sifat seorang hamba sejati perlulah mempunyai sikap tanggungjawab dan syukur.

Aku bersyukur kerana dapat masih menghirup udara segar lagi nyaman di kawasan Perlis ini. Syukur juga kerana ianya mengingatkan aku kepada kampung tercinta aku di Klang, Selangor. Hal tersebut menjadikan aku sentiasa mengingati ibu bapaku yang bersusah payah membesarkan aku dari kecil hinggalah sekarang. Jadi, jika aku tidak belajar bersungguh-sungguh, maka musnahlah segala harapan dan pengorbanan mereka terhadapku selama ini.

Banyak juga perkara yang berlaku sejak dua menjak ni. Agak sibuk dengan aktiviti kampus seperti penggambaran, mesyuarat tahunan fakulti aku dan ujian. Hmm...Life is tough, but you can make it easier. How? By your positive mindset. Kita ni dilahirkan memang da ada tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai muslim, seorang anak, sebagai pelajar dan lain-lain lagi.

Adakah perasaan cinta itu normal? Ya.Oleh itu, aku tidak perlu rasa malu dengan perasaan aku ni. Perasaan inilah yang membezakan makhluk manusia dengan makhluk lain seperti malaikat. Aku berharap perasaan ini dapat menjadikan aku manusia yang lebih matang, bukannya menjadikan aku jatuh ke lembah maksiat dan kehancuran. Insya-allah...

Mar 11, 2012

Chapter 3 -- 2012

Pejam celik, pejam celik, hampir tak sedar aku sudah berada di UNIMAP selama 3 minggu. OMG! Adakah semangat belajar aku masih segar dan kuat seperti sebelumnya? Adakah aku semakin leka dan lalai dengan persekitaran di sini? Harapnya tidak. Harapnya masih sama. Betullah kata orang, nak mengekalkan perbuatan baik ni sangat sukar tanpa azam dan tekad yang mantap. Syaitan dan nafsu sentiasa memainkan peranannya untuk merosakkan diri kita tanpa kita sedari.

Nampaknya aku tinggal seorang sahaja hujung minggu ni. Mungkin ini adalah satu ujian daripada-Nya, nak melihat sama ada aku dapat hidup seorang diri tanpa bertemankan siapa2. Memang tak hairanlah, mereka ni semuanya duduk sekitar Kedah dan Perak. Perjalanan pun taklah jauh dan tak sejauh aku yang duduk di Klang, Selangor. Perjalanan tu jauh dan masa cuti pun dua hari je. Memang dan langsung tak berbaloi. Sesungguhnya membazir itu adalah perbuatan syaitan. Membazir tenaga, membazir wang ringgit. Tambahan lagi, kerja dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masih tertunggak. Zzzz....

Lagi satu, kelas wiring memang terbaik la gua cakap sama lu. Aku memang kurang mahir melakukan perkara sebegini tetapi itulah hakikatnya. Aku rasa ilmu-ilmu sebegini adalah ilmu asas bagi seorang jurutera. Aku berharap segala ilmu dan pengalaman yang aku pelajari di sini dapat dimanfaatkan pada masa-masa hadapan.Insya-Allah.


Feb 26, 2012

Chapter 2 -- 2012

      Bermulanya semester dua sebagai pelajar UNIMAP mengambil jurusan kejuruteraan komputer. Semangat, bermotivasi, tekad, merupakan motto utamaku sebagai permulaan semester ni. Banyak benda yang aku pelajari sepanjang semester lepas. Walaupun hanya baru satu semester, tapi macam2 perkara dan pengalaman yang sangat berguna untuk aku praktikkan pada masa hadapan.

Internet sucks! Aku pun mengambil inisiatif untuk membeli 'mobile broadband' sebagai kegunaan internet sepanjang aku di kampus ini. Aku hanya bersyukur dengan kelajuan internet tersebut walaupun tidaklah selaju kemudahan internet di rumahku. Diharapkan juga, ianya menjadikan aku lebih fokus untuk mencapai kejayaan dalam akademik, bukan sebaliknya.

Minggu pertama, masih tenang dari sebarang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Minggu kedua, ketiga dan seterusnya, itulah sebenarnya bermulanya kehidupan seorang mahasiswa yang sentiasa disibukkan dengan tugasan. Semoga Allah sentiasa membantu dan menolong diriku yang serba lemah ini dalam menghadapi rencah kehidupan yang akan datang ini.

Feb 6, 2012

Samsung Galaxy Mini Review

     If you think this is an official review of Samsung Galaxy Mini/Pop, you are recommended to leave this site...this is just my honest opinion about the phone. The phone is quite good. Has just slightly good camera. Can play music, video and the most important thing is Android! :) Surprisingly, the price is quite cheap and affordable. Many people say this battery life sucks and blablabla...You cannot use it too often especially playing games and  using Wi-Fi to browse Internet. It is ain't a laptop.


But, you can save and increase your battery life up to 3 days by installing apps like Juice Defender which can be downloaded in Android Market. Playing Angry Bird on this phone is ok...but has some lags because the memory on this phone sucks...But if you want to play classic arcade games such as Jewel Star which I love so much right now, so it will be a good idea.

Cheap smartphone means you do not expect the phone has great and awesome features like IPhone. But, for me or other people just want to feel of having smartphone, this phone is PERFECT. 

Jan 23, 2012

Chapter 1 --- 2012

2012...Tahun baru, rasa masih terlalu awal untuk menghadapi tahun baru ni...Masa berlalu dengan pantas...=;=

I don't know maybe it is one of the challenge that given by Allah...

-------------------------------------------------------------------

Aku balik kampung...waa...bestnya...Biasalah duduk kat Perlis, rasa jauh semacam meninggalkan kampung halaman tersayang di sini...haha...Walaupun hanya baru 1 sem belajar di UNIMAP, banyaklah benda dan pengalaman hidup yang aku timba...the best thing is you not only go there to study, you also learn about their culture...

Sem 1 ni banyak gak aku keluar jalan2 terutamanya pada penggal kedua sem 1...antaranya pergi kampung pokok sena (http://kgpokoksena.blogspot.com/), pergi mandi air terjun Sg. Batu Pahat....and else...ingatkan nak pergi Langkawi tapi masa tak begitu mengizinkan, kitaorang cadang nak pergi sem 2 nanti...insya-allah...aku saja nak promote kampung pokok sena tu sebab tu adalah satu matlamat program Inovasi Sosial yang mana dulu dikenali sebagai program Bakti Siswa. What can i say about Kg. Pokok Sena? The people there are really friendly and good...Eloklah program2 sebegini diadakan, banyak faedahnya terutamanya golongan remaja ataupun siswa dan siswazah...dapat bergaul dengan masyarakat luar, dapat belajar bagaimana kehidupan masyarakat kampung yang sebenar...

Cuti selama sebulan ni harap2nya tak kosong la...walaupun nampak sekejap, tapi banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan sekiranya kita bijak mengatur masa lapang...Hari ahad, hujung minggu ni ada satu program motivasi yang dianjurkan oleh Yayasan Salam Malaysia...Terbuka kepada sukarelawan dan bukan sukarelawan juga...the best thing about volunteering is the activities are fun, social with community, create new friends and many more...kebanyakan program2 ni free sahaja...kalau berbayar pun tak mahal lar...macam program motivasi ni pun rm 15 (sukarelawan) dan rm20 (bukan sukarelawan)...if anyone interested, you can register as volunteer on their official website...k...see u all next time...bye