About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Jan 15, 2011

Jangan marah tau!

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya , sama ada yang sudah lama tahu atau baru nak tahu. Kepada sesiapa yang marah kenapa saya jarang update blog ini, saya terima kemarahan anda semua dan mengharapkan 1001 kemaafan kepada anda semua. Saya ada urusan tertentu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar pra-ijazah di UITM Puncak Alam.

Faham-fahamlah anda semua. Bukan saya tak sudi. Apakan daya.

Sejak dua menjak ni, aku sering dilemma dalam membuat keputusan. Baru aku tahu yang membuat keputusan ini bukanlah semudah yang disangka kerana setiap keputusan walaupun kecil pasti memberikan kesan yang berbeza. Aku dilemma nak isi borang UPU untuk kemasukan ijazah nanti. Sapa yang dah masuk U ni tahulah apa UPU tu.

Tapi paling penting bagi aku ialah pointer sem 2 aku nanti melayakkan aku untuk masuk ijazah nanti. Dapat sambung belajar itu yang paling mustahak. Kursus dan pilihan universiti tu perkara kedua. Kadangkala, ada orang masih berjaya walaupun dapat kursus yang tak dijangka dan tempat universiti yang kurang terkenal. Yang  penting nawaitu belajar tu mesti ada dalam sanubari bagi setiap insan yang ingin mencapai kejayaan dalam hidupnya.

Sebelum aku merapu-rapu, aku ni bukan nak promote apa-apa tapi cuma nak share satu buku yang begitu bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat terutamanya sesiapa yang ingin memiliki inspirasi dan motivasi yang tinggi dalam hidupnya. Buku ni sungguh istimewa kerana penulisannya santai tapi ayatnya mantap. Insya-allah, sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tertarik dan mendapat manfaatnya. Buku ini hasil nukilan yang lain tak bukan iaitu Dr. Tuah menerusi bukunya yang kecil molek bertajuk "Jangan Tidak-Tidak". Harganya amat berpatutan iaitu RM10 sahaja. Sesiapa sahaja mampu memiliki buku bertuah ini selagi masih ada di pasaran. Aku pun terjumpa buku ni masa keluar dengan kawan-kawan kat Kuala Lumpur cuti mid-sem yang lepas.

Korang pernah belajar buat program tak? Baru aku tahu hebatnya hidup seorang programmer ni. Tak adalah apa pun. Subjek komputer untuk sem 2 ni kitaorang budak2 asasi belajar pasal basic programming. Basic je bukan advanced pun. Kalau nak advanced bolehlah pilih kursus berkaitan masa ijazah nanti kepada sapa2 yang minat.

OK LAH. Kita jumpa lagi kalau diizinkan lagi oleh Allah s.w.t.