About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Aug 9, 2012

LOST

Begitu pantas masa berlalu. Ramadhan sudah sampai ke fasa yang terakhir. Tahun kedua pengajianku di universiti bakal menyusul tak lama lagi. Rindu suasana di negeri Perlis yang sungguh aman dan damai. Sangat berbeza dibandingkan di tempat aku sekarang ini.

Aku ada motor. Motor Honda EX5. Asalkan dapat motor, aku rasa sudah patut bersyukur, tidak kisahlah murah ke mahal. Sangat memudahkan urusan pergerakan seperti pergi ke pekan dan sebagainya. 

Seperti biasa, ceramah-ceramah agama di tempat aku sangat rancak dilaksanakan. Imam dari Palestin, Mesir dijemput untuk mengimamkan solat terawih. Kedatangan ustaz-ustaz terkenal yang pernah berada dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 dan artis nasyid seperti Nazrey Johari untuk memberikan ceramah. 

Aku masih mencari apa yang kurang dalam hidup aku sekarang ini. Adakah cinta, ilmu, harta yang perlu u dicari? Tiada yang sempurna di dunia ini. Aku perlu redha dengan apa yang terjadi dalam hidupku ini. Aku pernah jatuh cinta terhadap perempuan yang sangat istimewa. Budi pekertinya yang baik dan sentiasa mementingkan agama dalam kehidupan sehariannya sudah cukup untuk menambat hatiku. Aku sangat berharap dia akan menjadi teman hidup aku suatu hari nanti. Namun, perkara tersebut bukan semudah yang disangka. Diriku masih belum layak untuk menerima perempuan sepertinya jika dibandingkan ilmu dan akhlak aku dengan dirinya. Manusia hanya mampu berharap dan berharap. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku pada hamba-Nya pada masa akan datang. Moga-moga, segala yang berlaku adalah yang terbaik buat aku.


No comments:

Post a Comment