About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Mar 11, 2012

Chapter 3 -- 2012

Pejam celik, pejam celik, hampir tak sedar aku sudah berada di UNIMAP selama 3 minggu. OMG! Adakah semangat belajar aku masih segar dan kuat seperti sebelumnya? Adakah aku semakin leka dan lalai dengan persekitaran di sini? Harapnya tidak. Harapnya masih sama. Betullah kata orang, nak mengekalkan perbuatan baik ni sangat sukar tanpa azam dan tekad yang mantap. Syaitan dan nafsu sentiasa memainkan peranannya untuk merosakkan diri kita tanpa kita sedari.

Nampaknya aku tinggal seorang sahaja hujung minggu ni. Mungkin ini adalah satu ujian daripada-Nya, nak melihat sama ada aku dapat hidup seorang diri tanpa bertemankan siapa2. Memang tak hairanlah, mereka ni semuanya duduk sekitar Kedah dan Perak. Perjalanan pun taklah jauh dan tak sejauh aku yang duduk di Klang, Selangor. Perjalanan tu jauh dan masa cuti pun dua hari je. Memang dan langsung tak berbaloi. Sesungguhnya membazir itu adalah perbuatan syaitan. Membazir tenaga, membazir wang ringgit. Tambahan lagi, kerja dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masih tertunggak. Zzzz....

Lagi satu, kelas wiring memang terbaik la gua cakap sama lu. Aku memang kurang mahir melakukan perkara sebegini tetapi itulah hakikatnya. Aku rasa ilmu-ilmu sebegini adalah ilmu asas bagi seorang jurutera. Aku berharap segala ilmu dan pengalaman yang aku pelajari di sini dapat dimanfaatkan pada masa-masa hadapan.Insya-Allah.


No comments:

Post a Comment