About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Mar 30, 2012

chapter 04 -- life is tough

Kehidupan tanpa rasa syukur, sia2 sahaja...kehidupan tanpa rasa tanggungjawab, juga sia-sia sahaja. Mengapa? Sebab kita ini diciptakan oleh Tuhan sebagai hamba-Nya, maka sifat seorang hamba sejati perlulah mempunyai sikap tanggungjawab dan syukur.

Aku bersyukur kerana dapat masih menghirup udara segar lagi nyaman di kawasan Perlis ini. Syukur juga kerana ianya mengingatkan aku kepada kampung tercinta aku di Klang, Selangor. Hal tersebut menjadikan aku sentiasa mengingati ibu bapaku yang bersusah payah membesarkan aku dari kecil hinggalah sekarang. Jadi, jika aku tidak belajar bersungguh-sungguh, maka musnahlah segala harapan dan pengorbanan mereka terhadapku selama ini.

Banyak juga perkara yang berlaku sejak dua menjak ni. Agak sibuk dengan aktiviti kampus seperti penggambaran, mesyuarat tahunan fakulti aku dan ujian. Hmm...Life is tough, but you can make it easier. How? By your positive mindset. Kita ni dilahirkan memang da ada tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai muslim, seorang anak, sebagai pelajar dan lain-lain lagi.

Adakah perasaan cinta itu normal? Ya.Oleh itu, aku tidak perlu rasa malu dengan perasaan aku ni. Perasaan inilah yang membezakan makhluk manusia dengan makhluk lain seperti malaikat. Aku berharap perasaan ini dapat menjadikan aku manusia yang lebih matang, bukannya menjadikan aku jatuh ke lembah maksiat dan kehancuran. Insya-allah...

No comments:

Post a Comment