About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Feb 12, 2010

SPM dah tamat... What's next?

Lalala..pejam celik, pejam celik, SPM pun sudah sampai ke penghujungnya. Rasa satu bebanan berat telah dilepaskan walaupun tak tahu keputusannya camna..Doa sahajalah. Janji dah buat yang terbaik. Orang macam aku ni nampak cam mat 'study'  tetapi hakikatnya resultnya taklah sehebat mana pun. Ceritera SPM dah habis. What's next? Apakah rancangan seterusnya supaya hidup ak sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Nak tahu? Kisahnya bermula begini....


Aku ni memang tak tau nak buat apa. Kadangkala, aku boleh jadi gila kerana terlalu terperap kat rumah. Aku tak ada motor, jadi memang tak boleh 'merayap' mana-mana la. Tension! Apa nak buat ni...

Aku pun terfikir akan aktiviti memandu. Ayat mudah iaitu mendapatkan lesen. Tiba-tiba sahaja tercetus idea ni. Lagipun rakan-rakan sebaya aku pun, mereka juga melakukan aktiviti yang serupa. Pada minggu seterusnya, aku pun mendaftar terlebih dahulu di suatu tempat bersebelahan stesen Petronas. Kat situ, bukan setakat lesen je..macam-macam ada!

Tanpa berfikir lama, aku pun mengambil keputusan untuk medaftar lesen kereta (D), kalau tak silap. Bukan tak nak daftar motor, perent aku ni susah sikit. Jadi, sebagai anak mithali terpaksalah akur akan segala keputusan mereka. Lagipun, pada masa itu, aku sebenarnya tak reti sangat menunggang motor.HAHA...

Nak tengok gambar aku bawak moto? Nilah gambarnya. Muka aku 'blur' ketika itu, maklumlah aku agak kepenatan masa itu.HAHA. Apa tak penatnya, menunggu lebih kurang empat jam. Sabar je lah. Korang mesti naik hairan kan? Kenapa aku tiba-tiba belajar naik motor, padahal tadi aku cakap aku daftar kereta je. Hmm..Semua ini adalah berpunca daripada kesilapan teknikal pusat memandu itu. Nak buat macam mana, terpaksalah aku belajar motor, kalau tak, tak dapatlah aku lesen nanti.


Aik, takkanlah tak keje kot Isa? Semua orang pasti akan tanya aku soalan cepu emas tu..Lagi-lagi melihat kebanyakan kawannya bekerja sambilan. Kat fast food la, keje kerani pun ada dan macam-macam lagi.

HAHA~bila fikir balik, aku rasa tak sedia la nak keje ni. Katanya bekerja ni fizikal, mental kena kuat. Yang penting aku dapat sambung pelajaran. Itu yang lebih bermakna dalam hidup aku..:)

No comments:

Post a Comment