About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Mar 17, 2010

Result pun dah ambik.....macam2!

Harap maaf kepada semua yang mengunjungi blog ak ni, ak agak busy semenjak dua menjak ni. Sampai ada yang tanya, takde yang terbaru ke? Ok, first part is ak nak citer pasal time nak ambik result spm....



Masa pagi tu ak agak berdebar-debar nak ambik result. Ak bertolak agak awal pagi lebih kurang pukul 7, maklumlah duduk Klang, mahu 3 jam baru sampai. Tapi ak memang dah target result ak tu mesti 7 atau keatas.

Dipendekkan cerita, ak dapat 1 sms daripada sorang member pasal result SPM. SMs die berbunyi ' ramai budak maktab kiter dapat straight A'. Ak pun bangga dan mungkin ak pun dapat straight A. Nak berangan la katakan. Maktab pun dah sampai, terus la menuju ke Dewan nak ambik result.

Nasib baik tahun ni, tak kena bayar apa-apa. Muafakat , koperasi atau sebagainya. Bukan apa, dulu masa nak ambik result PMR, kena bayar macam-macam. Duit katil rosak la. Padahal ak rasa tak rosak manapun.
Just straight to the point, ak pun beratur ambik result. Dan, alhamdulillah resultnya taklah bergitu excellent tetapi lega kerana mencapai target aku.

Sebelum balik rumah, aku terpaksa setel beberapa perkara terlebih dahulu. Kena isi borang LCCI dulu. Budak Akaun tahu la kot. Pergi pejabat pos kat Kg. Gajah dulu, beli wang pos. Berpatah balik ke maktab, hantar borang tersebut ke pejabat. Tak sudah lagi, nak hantar cenderahati kepada guru tersayang. Sapa la tu?..hehe..Bila dah masuk jabatan, ramai pulak cikgu. Berasa agak tergamam dan mereka agak gembira melihat bekas anak pelajarnya, berbual pulak.

Selesai berbual, aku pun mengundur diri dan berasa berat hati untuk meninggalkan maktab. Mungkin, ini kali terakhir aku berada di maktab tercinta selama 5 tahun ini.

Nyata peninggalan batch aku tidak menghampakan, sebaliknya membuahkan satu kejayaan manis dan bermakna buat maktab. Apa taknya, batch aku mencapai kedudukan ke-6 daripada 36 dalam peperiksaan SPM 09. Rekod terbaik maktab. Kejayaan manis ini tak akan tercipta tanpa usaha penat lelah cikgu-cikgu sana mendidik anak pelajarnya. Terima kasih atas segala-segalanya.

1 comment: