About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Mar 25, 2010

Outing to Book Fair at PWTC!

Dengar kata orang ramai, tak rugi pergi pesta buku kat KL ni. Lebih excited lagi, rasanya ni kali pertama aku menghadiri pesta buku tersebut. Dengan bersemangat wajanya, aku pun bertolak pagi naik KTM Komuter....Lepas tu...




Agak lengang orang menaiki komuter pada waktu pagi. Maklumlah, time tersebut waktu bekerja. Tekaanku tepat memilih hari ini untuk pergi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk tiba. Stesen Putra, destinasiku.

Ni bukan kali pertama pergi ke PWTC, ini kali kedua. Hari tu pergi Mara Fair, tentang pengajian selepas SPM. Berbalik kepada cerita sebenar, ak pun berjalan kaki. Bahagian paling mendukacitakan. Agak jauh untuk tiba. Dipendekkan kisah, aku pun sampai. Tapi rasa jangkal, memasuki pintu yang seakan-akan bukan pintu utama. Tak ada penyambut.

Lantaklah, aku pun meninjau semua booth yang terdapat di situ. Seperti yang sudah dijangkakan, booth komik pasti ramai, dan pastinya budak2 sekolah. Rasanya majoriti pengunjung ialah pelajar sekolah serata Lembah Klang, rasanya. Tinjau punya tinjau, banyak sekali terjumpa buku2 berunsur agama.

Seakan tertarik, tetapi harganya yang sangat mahal, terpaksa menyimpan hasratku itu. Sering terganggu dengan promoter2 barangan yang kurang beretika. Grr...aku fikir ini pesta buku, bukan pesta barangan. Aku meneruskan tinjauan, terjumpa satu dewan yang khas dan besar iaitu Karangkraf. Aku salah seorang peminat beberapa majalah keluaran syarikat ini. Macam-macam ada. Novel, majalah dan buku agama turut ada. Harganya kurang 50 sen berbanding di pasaran.

Baik aku pergi beli kat luar je. Harga lebih kurang. Keluar mencari booth lain. Naik tingkat atas. Rasanya semua orang komen isu ni, ketika ingin memasuki hall 3. Pengunjung2 terpaksa berjalan ke seberang dan terpaksa juga pergi ke hall 2 terlebih dahulu. Tension gamak. Seolah-olah memaksa.

Tak kisahla, teruskan perjalanan. Booth pertama yang aku begitu tertarik. Di sini, ada jual novel2 inggeris edisi lama tetapi berkualiti. Promosi beli 3, RM12. Boleh tahan. Aku pun beli. Then aku jumpa booth disukai ramai, Upin dan Ipin! Comel lotee..Aku tidaklah terlalu fanatik, tetapi tertarik akan brand Malaysia ini yang semakin mendapat perhatian ramai. Aku pun membeli button mereka. Cantik.

Rasanya nak ceritakan semua pengalaman aku, terlalu sarat. Jadi, aku pun terpaksa memendekkan cerita. Peristiwa paling best bagiku ialah berjumpa live dengan penulis muda negara yang segar dan berfikiran kritikal, Faizal Tehrani. Hampir sejam mendengar pendapat beliau yang sememangnya menarik berkenaan dunia sastera negara masa kini.

Setelah habis ber'shopping' buku2, aku pun solat seketika di KL Sentral. Rancangannya selepas itu, mahu menonton wayang yang bertajuk 'Alice In Wonderland". Ramai kata ok, aku pun join sekali. Ternyata mereka benar dan cerita itu memberikan makna yang tersendiri bagiku. Aku pun berjalan menuju pulang ke rumahku menaiki komuter. Ramai sangat orang masa tu, biasalah waktu puncak.

Sangat memenatkan, tetapi enjoy.

No comments:

Post a Comment