About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Apr 29, 2010

Pengalaman, perjalanan sepanjang ke Zoo Negara.. (PART 1)

Sudah agak lama rasanya tidak menulis tajuk yang baru. Kebetulan pula, aku baru sahaja pulang dari Zoo Negara dengan keletihan sekali. Namun, keletihan yang sementara sahaja. Pengalaman ke sana terpahat selama-lamanya. Alkisahnya bermula apabila....

Sudah tentu Zoo Negara itu jauh jaraknya dari rumah aku di Klang. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk bermalam di rumah kawan yang terletak berhampiran di Zoo Negara itu. Inilah rasanya perjalanan paling jauh yang pernah dirasai dengan menaiki komuter. Dari stesen Padang Jawa hingga ke Sentul Timur sememangnya jauh setakat ini.



 Penatnya yang jelas terasa apabila ingin menukar stesen. Penat berjalan kaki. Naik komuter hanya duduk sahaja. Mmm, aku selalu cuba untuk menghubungi kawanku tersebut untuk tahu liku-liku perjalanan untuk sampai ke rumahnya. Malangnya, tiada sebarang jawapan. Dia bekerja hingga pukul lima petang.

Aku akhirnya sampai di stesen terakhir di Sentul Timur. Di sinilah kepenatan menyelubungi aku. Kepenatan menunggu kawanku untuk menjemput aku di situ. Itu satu berita baik. Berita buruknya pula ialah aku terpaksa menunggu sehingga pukul 7.30 malam. Aku pun malas nak bertekak, memandangkan dia sanggup menjemput aku. Ditambah lagi dengan trafik lalu lintas di KL yang kita semua sedia maklum.

Capeng sungguh bak kata Indonesia kalau penat.

Sampai akhirnya di rumah kawanku itu. Rumah pangsa seperti yang disangka. Yang aku tak sangka pula melihat orang begitu ramai di rumah pangsanya yang kecil itu. Baru aku sedar bahawa adik beradik kawanku ini memang ramai. Pada ketika itu, aku rasa malu kerana seperti meyusahkan orang. Baru merasai kehidupan manusia yang agak sukar.

Namun, aku melihat mereka semuanya kelihatan biasa. Mereka seperti gembira hidup sebegini, namun aku sedar bahawa aku patut bersyukur apa yang aku ada. Mereka seperti satu keluarga yang bahagia. Ada satu jalinan hubungan sesama ahli keluarga yang dapat aku rasakan.

Yang paling aku terasa, mereka masih melayan aku dengan baik. Ibu bapanya cuba berbual, bertanya mengenai serba sedikit mengenai diriku dan yang mustahak untuk mengetahui tujuan aku tumpang ke rumahnya.

Malam itu, aku diajak kawanku untuk ke kafe siber berdekatan. Aku pun tak menolak kerana sudah lama aku tak pergi ke sana. Balik sahaja aku semula ke rumah kawanku, aku pun terus tidur kerana tubuhku sudah letih berjalan sana sini dan paling mustahaknya, ingin menghadapi hari esoknya yang mungkin salah satu hari yang paling bermakna dalam hidupku.....

No comments:

Post a Comment