About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Jun 5, 2010

The Beginning Of 'U' Life....

Aku jarang menulis blog, apatah lagi untuk melayari internet pabila sejak aku berada di UITM Puncak Alam. Seronok ke UITM ni? Bolehla, nama pun 'puncak'. UITM ni boleh dikatakan baru beroperasi, terutamanya budak2 asasi. Blok akademik nampak cam hospital, infrastruktur yang boleh tahan. Harap2 dapat kekal lamalah. Nak citer apa lagi pasal U ni?...hmmm



First week arrived here, aku memang nampak la betapa ramainya budak2 asasi ni. Nak masuk gate pun kereta beratur panjang bagai nak rak. Mau dekat beribu-ribu pelajar asasi ni. Apa taknya, melebihi kuota yang sepatutnya. Itulah, kerajaan dah bagi peluang tu, belajar la betul2.

Tahun ni, diaorang tak panggil minggu orientasi, tapi dia panggil minggu destini siswa. Kononnya destini itu ialah destini ingin mengubah anak bangsa Melayu. Jadi, selain melalui proses pendaftaran yang agak menensenkan, aku didedahkan dengan program2 yang banyak berunsur patriotik. Aku tak kisah sangat semua benda-benda ni. Bagus tu bagus, tapi terlampau banyak. Bayangkan satu hari tu duduk dalam dewan dengar ceramah SAHAJA. Tak praktikal sangatlah. Just my opinion lah.

Aku suka gak lagu UITM ni. First time aku rasa dengar lagu tempat aku belajar yang meningkatkan semangat aku.

Minggu seterusnya, aku mula merasai kehidupan 'U' ni yang sebenar. Bukan lagi macam sekolah. Semua bergantung kepada diri sendiri. Masa tu, agak kelam kabutlah, nak pergi kelas bukan lagi perkara mudah. Kena jalan-jalan cari sendiri. Jadual pun tak berapa nak lengkap. Memang orang kata, independence life and study. Memang mencabar.

Buku teks pun bukan main lagi tebal. Tebal2 semuanya. Ntah baca tak ke tidak semua2 tu.

First time masuk dewan kuliah, aku agak excited. Betapa ramainya dan ada yang sampai x muat, duk je la kat tangga2. Apa orang kata, macam kat panggung wayang daa.

Tapi perkara paling penting dan best pabila masuk U ni, pemakaian ke kelaslah. Tak strict seperti sekolah dulu. Boleh pakai jeans pergi kelas. Kekok gak masa tu. Hehe. Cuma hari Isnin je pakai formal sikit, sebab bagi UITM, hari Isnin itu ialah hari Korporat. Hari Khamis juga dianggap 'spesel' kerana disarankan memakai baju batik UITM.

Tempat penginapan yang selesa, ada bilik TV kat setiap aras. Kalau boring sangat, bolehla lepak situ. Fasiliti sukan juga boleh tahan. Aku selalu tengok budak2 main futsal. Terhibur gak tengok mereka main. Tah bilalah aku pulak nak main.

Apa lagi aku nak cakap pasal UITM Puncak Alam ni? Secara keseluruhannya ialah memuaskan. Yang penting matlamat kita datang sini hanya satu, iaitu belajar. Yang lain tu kurang penting, hanya ingin merangsang pelajar2 untuk belajar dengan selesa. Harap2 aku dapatlah survive dengan suasana U ni yang sememangnya mencabar dan memerlukan ketabahan untuk berjaya. Insya-allah, aku akan sentiasa buat yang terbaik untuk masa depanku ni. Wasalam.

No comments:

Post a Comment