About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Jul 9, 2010

Berminggu-minggu di PALAM..

PALAM yang merangkap UITM Puncak Alam, kepada yang masih tak tahu pabenda PALAM tu. Walaupun rumah dekat, terasa malas nak balik. Tambah-tambah lagi, ada laptop sendiri dan housemateku. Memang agak mustahil nak balik. Setelah berminggu-minggu di sini, banyak perkara yang telah aku pelajari dan pengalaman baru yang dapat ditimba.



Salah satunya ialah kena selalu pakai sweater, lagi-lagi time nak gi kuliah. Aircond die memang tak boleh tahan r. Kalau ada satu hari dalam jadual aku, memang pack. Sampaikan ada 3 kuliah dalam 1 hari. Huhh. Kalau tak pakai, memang risiko nak demam tu agak tinggi. Lagi-lagi, antibodi aku yang agak rendah dan sensitif kepada keadaan sekeliling.

Lagi satu, bab paling penting juga ialah bab makan. Kat sini, kena bijak la memilih tempat nak makan. Kalau pagi tu, makan biskut dan roti dah memadai. Kena beli awal-awal sebagai stok. Waktu tengah hari, makan kat blok akademik. Kat sana ada gak gerai makan. Tapi agak pokai lah kalau tiap-tiap hari makan kat situ. Jadi, aku gilir-gilirlah makan makanan berat seperti nasi dengan kerepek atau roti. Waktu malam, aku lebih memilih pergi ke Kolej Raflessia. Makanan kat sana murah-murah. Menu yang paling murah kat sana ialah nasi goreng tanpa apa-apa lauk, yang berharga rm1.50 sahaja. Ni kalau betul2 nak saving lah. Kalau tengah loaded atau saja nak tukar angin, aku pergilah makan kat Kolej Angsana, yang harga-harganya agak mahal, tapi makanannya lebih boleh tahan. Hmm...

Aku harap duit elaun aku dapat masuk secepat yang mungkin. Kalau dah dapat, macam-macam benda aku boleh beli, yang penting tak membazirlah. Buku teks yang mahal-mahal belaka dan lain-lain. Nasib baik kursus tak banyak. Apalah guna elauntu, kalau tak beli benda-benda camtu. Tak nak menyusahkan sangat ibu bapaku.

No comments:

Post a Comment