About Me

My photo
Sedang menyambung pengajiannya kepada peringkat ijazah.

Nov 14, 2010

Mula-mula kita cerita pasal..........

Aku memikirkan sesuatu yang tidak pasti hala tujunya. Senang kata, satu kehidupan yang tidak tentu hala tujunya. Kadangkala orang cakap aku terlalu berfikir dan 'nonsense'. Bagi aku, orang yang tidak memikirkan masa depan tu yang 'nonsense'...

Bla3. Apa khabar semua rakyat Malaysia lagi-lagi yang mengenali diri ini? Wassup? Hello? Assalamualaikum. Mari kita lihat kisah yang dialami oleh aku sepanjang aku menghilangkan diri sebelum ini....




Mula-mula, kita cerita pasal....apa nak cakap ni? Ok2....Segala-galanya ok. Aku sihat sejahtera. Sapa yang risau tu terima kasih la. Hmm, keputusan final exam dah kuar beberapa minggu yang lepas. Aku ni taklah yang orang sangka. Pointer tak menepati sasaran. Aku terkelu, tertanya-tanya apakah masalah sebenarnya yang melanda diri aku ni? Huhu.....perubahan secara dramatik perlu direliasasikan secepat mungkin, sebelum segala-galanya sudah terlambat. Ini soal masa depan aku, bukan main-main.

MUET pun dah abis kedua-dua bahagian, syukur kepada Tuhan. Aku sudah buat yang terbaik, itu yang penting. Aku hanya mengharapkan MUET aku mampu membuatkan aku layak mengambil ijazah kelak pada masa hadapan, insya-Allah.

Raya korban dah nak dekat ni. Nak buat apa??? Duk diam je la. Aku hari tu dengar khutbah Jumaat kat masjid kampung sebelah tu. Baru aku sedar, kata-kata dan intonansi amat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Tajuknya tiadalah gah mana pun. Tapi, itulah memang agak terpukau la.

Dahla sebelum banyak mengarut atau mencarut kepada kalian semua, baik hamba mengundur diri. Moga kita jumpa pada lain hari, insya-Allah.
Blogged with the Flock Browser

No comments:

Post a Comment